Wednesday 26 October 2011

SKANDAL JABATAN TANAH DAN UKUR


BANTAH......Karamah menunjukkan surat bantahan mengenai tanah tersebut tetapi tidak menerima sebarang respon daripada Jabatan Tanah dan Ukur.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KETUA Pemohon Tanah seluas 40 ekar di Kampung Sungai Sumpit, kawasan Nipah Tambisan, Tungku, Abdullah Hj Hamid yang mewakilkan kuasa kepada bapa mertuanya, Karamah Sajae (gambar) mendakwa bahawa Jabatan Tanah dan Ukur Kinabatangan melakukan penyelewengan dalam proses pengukuran tanah di kawasan tersebut.

Karamah mendakwa Pegawai Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah, Thomas Wong telah mengetuai kerja-kerja pengukuran di kawasan tanah yang bukan dipohon, tetapi tanah milik orang lain dan mereka mengukur tanah secara rambang; termasuk di atas meja mereka sahaja.

Katanya, permohonan telah diproses melalui prosedur yang ditetapkan serta membayar yuran pemprosesan tanah kepada Jabatan Tanah berkenaan yang diketuai oleh Abdullah Hj Hamid.

Malangnya, kata Karamah, terdapat seorang individu berbangsa Cina yang tiada kena mengena dengan penduduk Anak Negeri telah datang bersama Pegawai Jabatan Tanah dan Ukur dari Kota Kinablu yang diketuai oleh Thomas Wong telah melakukan kerja mengukur kawasan yang dipohon oleh pendudk-penduduk Anak Negeri ditanah tersebut.

“Surat bantahan telahpun kemukakan oleh penduduk kampung tersebut ke Jabatan Tanah dan Ukur Kota Kinabalu, tetapi sehingga ke hari ini tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh jabatan tersebut,” ujar Karamah ketika menceritakan hal ini kepada Sabahkini.Net kelmarin.

Dakwa Karamah lagi, empat orang yang telah dikenal pasti bersubahat dengan Jabatan Tanah dan Ukur untuk melakukan sabotaj mengenai permohonan tanah ini ialah Wahid Hussin, Sofian Hussin, Hanaimah Hussin dan Sakaran Hussin telah bersekongkol dan memberi upah kepada lelaki Cina berkenaan supaya menggangu gugat di kawasan tanah tersebut.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Hamzah Abdullah yang mengutus surat kepada pihak Jabatan Tanah dan Negeri Negeri pada 18 Oktober 2011 yang bertajuk ’Bantahan Penduduk Tempatan Peribumi Kg Sungai Sumpit Atas Pengukuran Tanah Oleh Seorang Luar di Kawasan Yang Dipohon’ yang dihantar ke pihak Jabatan Tanah dan Ukur Kota Kinabalu; turut mendesak campurtangan Ketua Menteri Sabah agar segera menyelesaikan pertikaian ini.

”PAS Sabah selanjutnya memperingatkan pihak Jabatan Tanah dan Ukur supaya bersikap adil. Telus dan professional dalam memastikan keadilan dapat diberikan kepada pemohon asal, khususnya penduduk peribumi di kawasan berkenaan,” tegas Hj Hamzah yang mendesak pihak SPRM supaya menyiasat kes ini kerana majoriti pegawai Jabatan Tanah membudayakan rasuah sebagai salah satu SOP yang tidak tersurat.

No comments:

Post a Comment