Wednesday 30 November 2011

AGENSI INTAN UGUT PENIAGA?



Saudara Pengarang,

SURAT terbuka ini saya tujukan kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Dato' Sri Liow Tiong Lai berhubung kes diugut oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu.

Di kesempatan terhad ini, saya ingin mendapatkan perhatian Dato' mengenai kes yang melibatkan saya, yang juga pemilik Kedai Kopi Mee Ngar yang terletak di Bunga Raja Shopping Complex.

Pada 20 Oktober 2011, jam 1 petang, seorang wakil dari Sekolah Latihan Pengendali Makanan Akademi Intan Bandaraya (Pengiktirafan KKM0163/7/ILPM/A9) yang bernama Peter (No. Telefon: 013-5595233 & 014-5554882) telah menelefon saya dan memberitahu bahawa satu kursus pengendali makanan akan diadakan pada 23 Oktober 2011 seperti yang ditulis dalam surat yang diserahkan oleh wakil tersebut kepada juruwang premis, Cik Wong pada 18 Oktober 2011.

Oleh kerana saya tidak mengenali Peter, maka saya menolak permintaannya. Akan tetapi, wakil tersebut terus membuat ugutan dengan memberitahu bahawa satu operasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan dijalankan dan saya digesa untuk mendaftarkan para pekerja ke kursus tersebut dan membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM200 ke akaunnya. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengendahkan permintaan Peter.

Pada 25 Oktober 2011, jam 9.30 pagi, terdapat beberapa orang pegawai dari Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, yang diketuai oleh Mohmad Sha Harun telah menyerbu premis saya dan menutup premis saya di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983. Apabila saya bertanya sama ada terdapat aduan awam mengenai premis saya, pegawai tersebut menafikan sama sekali dengan memberitahu bahawa mereka hanya menjalankan rutin harian pemeriksaan premis makanan.

Di sini terdapat beberapa soalan yang ingin saya bertanya kepada Dato':

1)Sebanyak enam (6) buah premis makanan di kawasan Bunga Raja Shopping Complex. Mengapakah Pegawai Pejabat Kesihatan Kawasan hanya menyerbu premis saya?

2)Adakah terdapat hubungan dan ’interest’ di antara Akademi Intan Bandaraya dan Pejabat Kesihatan Kawasan sehingga wakil dari akademi tersebut berani membuat ugutan terhadap saya? Saya mendapat maklumat daripada surat khabar bahawa Kesatuan Inspektor Kesihatan Sabah pernah pergi ke premis makanan sekitar Kota Kinabalu untuk memungut derma dan sekiranya premis yang ditarget tidak menderma jumlah yang diminta, maka KKM akan menutup premis tersebut.

3)Saya juga mendapati daripada surat khabar, MP Hiew King Cheu dari DAP telah memberi jaminan bahawa pegawai KKM tidak akan menjalani aktiviti pemeriksaan premis makanan dan tugas ini diserahkan kepada pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi mengelakkan percanggahan tugas di antara kedua-dua pihak berkuasa ini. Akan tetapi, mengapakah pihak KKM masih memeriksa premis saya?

4)Saya telah bertanya kepada Persatuan Konfeksyenari dan Bakeri Sabah dan mendapati memang banyak aduan mengenai Akademi Intan Bandaraya dan banyak kes ugutan yang dibuat oleh akademi yang ’nakal’ ini. Mengapakah KKM tidak mengambil tindakan terhadap akademi tersebut?

5)Saya percaya ada hubungan di antara Akademi Intan Bandaraya dan Pegawai Kesihatan KKM terutamanya Mohd Sha Harun. Mengapakah maklumat dari akademi tersebut boleh mencapai tangan Mohmad Sha Harun? Saya meminta pihak Dato' untuk menyiasat pegawai tersebut.

6)Adakah KKM menjalankan prosedur penutupan premis makanan dengan betul? Mengapakan premis makanan saya sahaja yang menjadi target penutupan sekiranya tiada aduan awam yang dibuat terhadap premis makanan saya?

Akhir sekali, saya ingin meminta penjelasan bertulis daripada pihak Dato' dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat ini. Saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya saya tidak berpuas hati dengan jawapan Dato'. Kerjasama Dato' saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam Hormat,

MR . LO

Pemilik Premis Kedai Kopi Mee Ngar, Ground Floor, No. 11, Bunga Raja Shopping Complex, Taman Lintas, 88450 Kota Kinabalu.

30 November 2011

1 comment:

  1. Itulah apa yang digelar "samseng berlesen". Tiada gunanya menulis kepada menteri MCA. Buang masa saje. Penyelesaian yang lebih baik adalah untuk tidak mengundi calon-calon Barisan Nasional. Dengan itu, mereka baru akan sedar agar tidak salah menggunakan kuasa yang diberikan oleh rakyat.

    ReplyDelete