Thursday 3 November 2011

AHLI PARLIMEN SILAM DISWASTAKAN?


Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

MUNGKINKAH jawatan Ahli Parlimen Silam telah diswastakan? Hakikat inilah yang sukar diterima pembayar cukai dan pemilih berdaftar apabila sebuah kenderaan Honda Accord bernombor SD 3019 F menggunakan lambang jata Persekutuan yang dikhaskan untuk Ahli Parlimen Malaysia meluncur laju di atas jalan raya.

Demikian dedah Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Sabah, Citra Masadi, yang menyerahkan gambar kereta Honda berkenaan yang dipercayai dipandu oleh isteri Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi yang sempat beliau rakam berdekatan Balai Bomba Lahad Datu ketika kereta berkenaan keluar daripada SK Pekan Lahad Datu.

“Kita ada semak dengan JPJ dan dapati kenderaan tersebut didaftarkan atas nama IGM Enterprise Sdn.Bhd. Kita hairan kenapa kenderaan syarikat boleh menggunakan lambang jata Ahli Parlimen sedangkan yang memandunya bukannya Ahli Parlimen, malah PATI yang mendapat kad pengenalan projek,” kata Citra yang kesal kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) gagal mengesan ketidak wajaran ini.

Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kata Citra, mendapati IGM Enterprise Sdn.Bhd milik Fang Choi Ming (551006-12-5041) dan Ruhulla Bin Ismail (790927-12-5087).

“Apa hubungan dua makhluk ini dengan Ahli Parlimen Silam atau dengan isteri PATInya, Fatmah Abdul Aziz? Tidak patutlah guna kereta bukan milik Ahli Parlimen tetapi gunakan lambang Ahli Parlimen. Jika PATI pun boleh guna lambang Ahli Parlimen untuk berlagak, apa lagi penjenayah?,” ujar Citra yang hairan dengan sikap Salleh Kalbi yang bukan sahaja menternak PATI di pejabatnya, malah turut beristerikan PATI.

No comments:

Post a Comment