Sunday 20 November 2011

BADARUDDIN AKAN TENTANG SHAFIE APDAL



SEMANGAT…..Rakyat Semporna bersemangat menyambut Badaruddin Tun Mustapha yang akan mengadakan sessi lawatan ke Pantai Timur untuk mendapatkan pandangan dan sokongan ahli USNO.

Oleh : MEDIA USNO

LAWATAN Presiden USNO ke Pantai Timur Sabah yang diadakan minggu lalu bersama rombongan AMT USNO dari kawasan itu mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk tempatan dan mendapat pelawaan untuk bertanding di Pantai Timur pada PRU ke 13 di kawasan Semporna.

Selaku Presiden Penaja Parti itu, beliau telah mengadakan lawatan ke 4 kawasan Parlimen Pantai Timur Sabah, di antarannya Parlimen Kalabakan, Parlimen Tawau, Parlimen Semporna dan Parlimen Silam kerana kesemua Parlimen ini adalah kubu kuat USNO sebelum dibubarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 2004.

Lawatan dan perjumpaan beliau dengan kesemua wakil 12 Dewan Undangan Negeri di kawasan itu diantaranya Tanjung Batu, Merotai, Sebatik, Apas, Balung, Sri Tanjung, Senallang, Bugaya, Sulabayan, Kunak, Lahad Datu dan Tungku; telah disambut oleh penyokong USNO di sana yang kebanyakannya, buat masa ini masih memegang keahlian UMNO atau berjawatan dalam kerajaan UMNO di negeri ini, sebagai PJKKK, Ketua Kampung, Wakil Anak Negeri, Ketua Daerah, pegawai kerajaan serta guru-guru yang sedang bertugas dan yang sudah pencen.

Lawatan beliau diiringi bersama beberapa AMT USNO, Datu Arifin Datu Abdul Salam, Mohd. Abdillah Timbasal, ke Parlimen Semporna diadakan di kediaman Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh bertempat di Kampung Air Semporna; hanyalah bersebelahan dan kurang 100 meter dari kediaman mantan TYT Sabah dan Mantan Ketua Menteri Pertama Sabah dari UMNO, Tun Sakaran Dandai.

Sambutan hangat di kalangan Veteran USNO dan golongan pemuda serta belia di Daerah itu telah disambut oleh ketua-ketua Penaja USNO kawasan Parlimen Semporna iaitu Abdul Karim Ahmad, Mamat Balhana dan Piramli Barahim dan beberapa pemimpin tempatan daerah itu.

Dua kuat orang kuat mantan AJK Bahagian USNO Semporna yang terlibat membawa UMNO ke Sabah, khasnya Bahagian Semporna secara rasmi meminta beliau untuk bertanding di kawasan Semporna semada di Parlimen atau mana-mana DUN yang ada di kawasan itu bagi menentang sesiapa sahaja calon BN di sana, telah mendapat sokongan penuh daripada hadirin.

Sementara itu, di Parlimen Tawau terutama di Dun Balung, Ketua Penaja kawasan itu Mohd. Abdillah Timbasal bersama AJK Penajanya sebulat suara meminta beliau untuk bertanding di Dun Balung pada PRU ke 13 kerana Dun Balung adalah kubu USNO yang terakhir dan pernah dimenangi oleh Wakil Rakyatnya Datu Ismail Jook.

Manakala dalam lawatan beliau ke Parlimen Kalabakan, beliau telah disambut oleh pemimpin USNO di kawasan itu yang diketuai oleh Hakim Tawe Tanjung Batu, Salahuddin Albauddin (Sebati)k dan Abu Bakar Jambuan (Merotai).

Mantan Ahli Majlis Tertinggi USNO, Haji Ahmad Awang turut sama menyertai rombongan Badaruddin di kawasan Tawau.

Dalam perjalanan ke Lahad Datu dan Tungku beliau singgah di Kunak salah satu kawasan kubu USNO yang pernah di wakili oleh abangnya, Datuk Abdul Hamid Bin Tun Datu Mustapha dan mendapat sambutan dari kalangan AJK Bahagian UMNO serta beberapa orang Ketua Cawangan UMNO di kawasan itu.

Mereka turut mengalu-alukan bahawa akan terus memberikan sokongan kepada beliau jika bersedia menyambung perjuangan Allahyarham abangnya di Kunak yang pernah memberi tanda mata kepada rakyat kunak dengan pembinaan salah satu sekolah terbesar di Sabah iaitu SMK Madai, Kunak Sabah.

Di Lahad Datu beliau telah disambut oleh ketua penaja kawasan itu Azlan Tsen Abdullah yang mengadakan perjumpaan tertutup dengan AJK Penaja Tungku dan Lahad Datu bagi memberikan sokongan penuh kepada perjuangan beliau menghidupkan USNO semula di Negeri Sabah.

Kawasan pantai Timur Sabah adalah kawasan dan kubu kuat USNO kerana terdapatnya 4 parlimen dan 12 Dewan Undangan Negeri yang pernah diwakili kesemunya oleh Parti USNO.

No comments:

Post a Comment