Thursday 3 November 2011

DAFTAR E-KASIH WAJIB DIKEMASKINI



SIMPATI…Jamawi ketika mengetuai program Ziarah Pemuda bagi melawat seorang warga emas yang uzur Salim Ahul di kampong Merais Tenom.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

PERGERAKAN Pemuda Umno Bahagian Tenom meminta kerajaan khususnya jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat agar memperkemaskinikan data e-kasih bagi mempastikan segala bantuan yang disalurkan kepada mereka yang layak menerima menepati sasaran.

Ketuanya Jamawi Jaafar berkata, disebabkan sistem data e-kasih ini tidak dikemaskinikan ada golongan yang sewajarnya layak menerima bantuan gagal mendapatkan bantuan.

Tambahnya masalah ini bukan sahaja berlaku di daerah Tenom malah beliau yakin keciciran bagi mereka yang layak menerima bantuan melalui sistem e-kasih ini berlaku di lain lain daerah di negeri ini.

Mengambil contoh bantuan rumah dibawah skim Bantuan Perumahan Rakyat (BPR) di sebahagian kampong berpuluh rakyat mendapat bantuan walaupun sebahagiannya memiliki rumah yang besar namun masih menerima bantuan, manakala di sebahagian kampong walau hanya sebuah rumah mereka gagal menerima bantuan di bawah skim ini.

“Perkara ini berlaku selain dafar e-kasih gagal dikemaskinikan, ia memerlukan komitmen serta ketulusan setiap pemimpin di peringkat akar umbi agar menyalurkan maklumat yang tepat kepada pihak yang berkenaan bagi mempastikan golongan yang benar-benar layak menerima bantuan melalui sistem e-kasih ini tidak tercicir,” katanya semasa ditemui selepas melakukan Ziarah Perrgerakan Pemuda Umno bahagian Tenom kepada seorang warga emas Salim Ahul yang sakit tua di kampung Merais Tenom, pagi tadi.

Pada peringkat ini, kata Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, pemimpin di peringkat akar Umbi seperti Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung,Ketua Kampung ,serta pemimpin masyarakat tempatan yang lain perlu peka terhadap masalah atau isu penduduk setempat dan mengemukakanya kepada pihak yang berkenaan.

“Di peringkat perlaksanaan pula pegawai yang terlibat perlu turun padang bagi memantau masalah ini dengan tidak hanya berpandukan kepada laporan bertulis yang dibuat oleh pemimpin di peringkat kampong agar ada ketelusan dari segi penyampaian bantuan melalui sistem e-kasih ini memberikan manafaat kepada golongan sasaran,” tambah Jamawi

Sehubungan dengan itu katanya Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom sering melakukan program Ziarah ke kampong kampong di bahagian Pedalaman bagi memantau perkara ini bagi mempastikan tidak ada rakyat yang perlu menerima bantaun terpinggir.

“Pergerakan Pemuda melihat isu ini perlu diambil tindakan yang serius oleh semua pihak jika tidak ianya akan memberikan impak kepada kerajaan yang akhirnya dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa kerajaan gagal membela kepentingan rakyat,” katanya.

Sehubungan dengan itu katanya semua pihak terutamanya pemimpin di peringkat akar umbi perlu memberikan komitmen serta kerjasama sepenuhnya bagi melaporkan setiap masalah serta isu yang dihadapi oleh rakyat kepada pemimpin atasan untuk diambil tindakan susulan .

No comments:

Post a Comment