Monday 7 November 2011

DERITA DUA SEKOLAH AKIBAT SAMPAH



Saudara Pengarang,

MASALAH Pencemaran Alam di Pusat Pelupusan Sampah Semporna amat kritikal namun langsung tiada tindakan diambil oleh pihak yang bertanggung jawab. Yang menjadi mangsa kepada permasalahan ini ialah dua buah sekolah yang berdekatan iaitu SK Pekan II dan SMK Simunul yang kedua-duanya hanya 50 meter jaraknya daripada kawasan pelupusan ini.

Bau busuk dihidu setiap hari oleh murid sekolah namun tiada tindakan dari pihak sekolah untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa. Persoalannya, sampai bila murid-murid di kedua-dua sekolah ini menanggung kesengsaraan ini?

Bagaimana mereka mampu menumpukan perhatian kepada pelajaran? Bagaimana dengan anjing liar yang berkeliaran di situ kalau menggigit mereka? Pembakaran terbuka dilakukan setiap hari sehingga mencemarkan alam sekitar.

Salam Hormat,

DENIS ONG

No comments:

Post a Comment