Saturday 12 November 2011

FASAL 48 (6) TIDAK PERLU DIMANSUHKAN



Oleh : SHAIMON S JUMADI

SEMASA soal jawab pada sesi sidang Parlimen baru-baru ini, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Kapral Singh meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan bersedia dengan sokongan pembangkang untuk memansuhkan Perkara 48 (6) Perlembagaan Persekutuan untuk memberikan semangat dan inti pati kepada proses demokrasi, dan jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Keong telah diberi tugas dan tanggungjawab untuk menjawab semua soalan yang dibangkitan oleh Kapral Singh (Gelugor).

Kata Liew, Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan memperkatakan tentang kehilangan kelayakan menjadi ahli parlimen, perkara yang serupa yang berkaitan dengan kehilangan kelayakan menjadi ahli Dewan Undangan Negeri yang diperuntukkan dalam subseksyen 6(5) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

Liew menjelaskan mengikut Fasal (6) Perkara 48 ada menyebut, seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Rakyat bagi tempoh 5 tahun bermula tarikh pelepasan keahliannya berkuatkuasa, hilang kelayakan untuk menjadi Ahli Dewan Rakyat.

Selanjutnya Liew menjelaskan mengenai Fasal (6) 48 dan subseksyen 6 (5) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan masing-masing diwujudkan pada tahun 1990 melalui Seksyen 2 dan Seksyen 6 Akta Perlembagaan Persekutuan (Pindaan 1990 [Akta A767] Pada 14 Mac 1990, pada masa itu mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamed membentangkan Rang-Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan (pindaan) menyatakan bahawa tujuan penggubalan peruntukan tersebut yang menyebut.

Katanya, tidak ada peruntukan yang menghalang seseorang Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri meletakkan jawatan dan kemudian bertanding semula dalam pilihanraya yang diadakan bagi kerusi yang dikosongkannya itu, ketiadaan hilang ini memungkinkan seseorang Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri meletakkan jawatan dan bertandingan semula bagi kerusi yang sama dan jelas semata-mata untuk menguji atau untuk popularitinya saja.

Seandainya perkara ini dilakukan, maka banyak masa dan wang yang terbuang sedangkan rakyat dan negara tidak dapat apa-apa faedah daripada tindakan tersebut dan pindaan yang dicadangkan kepada Perkara 48 dan Jadual Kelapan Perlembagaan yang berkaitan bertujuan menghalang perletakan jawatan yang sedemikian.

“In oder to prevent forced by-election, a member who resigns his sest in the Dewan Rakyat is disqualified from membership of the House for five years. This provision, included by amendment to the Constitution in 1990, followed orchestrated resignations by opposition members designed to force by election embarrassing the Government,” jelas Liew ketika menjawab soalan Ahli Dewan Rakyat Gelugor .

Secara ringkas, peruntukan ini diwujudkan kata Liew ia bertujuan untuk menghalang seseorang ADR atau ADUN yang telah meletakan jawatan, tetapi mahu bertanding semula sebagai ADR atau ADUN dalam tempoh 5 tahun bermula dari tarikh perletakan jawatan tersebut.

Peruntukan tersebut diwujudkan bagi mengelak apa-apa pembaziran wang, masa dan tenaga yang akan timbul jika sekiranya Ahli Dewan Rakyat (ADR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diberi peluang untuk bertanding semula, ia satu pembaziran wang kerajaan.

Seperkara lagi saya ingin bentangkan di sini kata Liew, mengikut Fasal (6) Perkara 48 dan subseksyen 6 (5) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan jika dimansuhkan, maka akan terjejaslah sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini kerana undang-undang yang dimaksudkan ini untuk menghalang ADR mahupun ADUN yang dipilih daripada menyalahgunakan peruntukan undang-undang bagi menjayakan agenda politik mereka; seperti untuk menguji atau membuktikan popularitinya pada keseluruhannya, tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat dan negara.

VK Liew menjelaskan lagi, atas alasan yang disebut ini maka kerajaan berpandangan bahawa peruntukan Fasal (6) Perkara 48 dan subseksyen 6(5) Jadual Kelapan perlembagaan tersebut ia perlu dikekalkan.

No comments:

Post a Comment