Monday 21 November 2011

GOTONG-ROYONG MEDIUM PERJUANGAN



Oleh: MATURIN MOHAMMAD

PERGERAKAN Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Melalap terus menggerakkan jentera parti itu dengan mengadakan pelbagai aktiviti mereka yang bertujuan untuk mendekati rakyat/pengundi, khususnya golongan belia dan beliawanis supaya golongan itu memahami ertikata sebenar perjuangan SAPP.

Gandingan mantap antara Rudy Sulaiman Mairi selaku Ketua Pemuda dan Roger Stimin selaku Naib Pergerakan itu merupakan seorang pendatang baru dalam arena politik, tidak kelihatan janggal mahupun ketidak serasian di antara mereka ketika melancarkan gerakan aktiviti mereka.

Selepas aktiviti gotong-royong bersama pemuda pusat dalam program “Dengar, Lihat dan Selesaikan (DSL)’ baru-baru ini, kini mereka melancarkan program gerak gempur Pemuda SAPP CLC Melalap yang akan berterusan sehingga hujung tahun 2011.

“Kita akan terus melaksanakan aktiviti pemuda untuk turun padang memantau sambil membantu menyelesaikan masalah kecil-kecilan yang dihadapi masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengira anutan politik, keturunan dan agama. Kita tidak mengira walaupun esok atau lusa PRU13 diadakan, tetapi kita tetap juga teruskan,” tegas Rudy.

Rudy berkata demikian sejurus selepas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda SAPP CLC Melalap baru-baru ini. Turut hadir, Naib Ketua Pemuda Roger Stimin dan beberapa AJK Pemuda yang lain.

Tambahnya lagi, beliau tidak mahu dilabelkan sebagai ‘penumpang’ dalam sesuatu persiapan dalam perjuangan politik di saat-saat ketika menghadapi PRU13 kerana pemuda harus menunjukkan komitmen dan kerja keras demi memperkasakan perjuangan parti untuk mencapai matlamatnya.

“Kita kena usaha keras untuk menyakinkan rakyat yang kemudiannya akan memberi sokongan kepada kita dimana pepatah ada mengatakan.yang bulat takkan datang menggolek, yang pipih takkan datang melayang, pendeknya tidak ada jalan pintas untuk dapatkan sokongan rakyat,” tegasnya.

Sementara itu, Roger Stimin menegaskan bahawa setiap perjuangan harus ada landasan halatujunya yang bakal menjamin kecerahan sinar penghidupan rakyat khususnya generasi muda di masa akan datang kerana setiap pemimpin tentunya mempunyai pelan transformasinya sendiri untuk melakukan perubahan di kawasan yang bakal diwakilinya.

Dengan sebab demikian tegasnya, golongan belia dan beliawanis perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti berbentuk sahsiah termasuk aktiviti lasak yang dapat membantu ketahanan moral mereka, dalam mempersiapkan diri untuk menolak pengaruh budaya songsang yang kini disebar luaskan oleh agen negara asing.

“Saya baru juga melancarkan rakaman lagu-lagu tempatan seorang belia tempatan yang merakamkan lagu-lagu ciptaannya sendiri ke dalam CD dan mungkin tidak lama lagi berada di pasaran. Jadi, usaha seperti ini perlu juga kita sokong kerana ia satu usaha yang baik,” tegasnya.

Namun kedua-duanya (Rudy dan Roger) enggan memberi ulasan berhubung isu ‘winnable candidate’ seperti mana yang diwar-warkan para blogger dan facebook sejak akhir-akhir ini dimana isu ‘winnable candidate’ bukan sahaja menular di kalangan pemimpin-pemimpin BN, tetapi juga turut meresap bahangnya ke dalam pembangkang khususnya SAPP.

No comments:

Post a Comment