Friday 11 November 2011

GURU TEKNOKRAT NEGARA?



LANCAR…Lajim diiringi oleh Dr. Haji Muhiddin Yusin serta pegawai pegawai kanan Jabatan Pelajaran Sabah memotong riben belon sebagai simbol perasmian kejohanan tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

WARGA pendidik memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan rakyat dan negara ini sebagaimana kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.

Matlamat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 secara tidak langsung terletak di tangan warga pendidik yang bertanggungjawab memberi ilmu pengetahuan rakyat terutama generasi muda dalam pelbagai bidang ilmu.

Beliau berkata demikian ketika berucap para perasmian Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Sabah peringkat negeri di Kompleks Sukan Beaufort, petang kelmarin.

Hadir sama Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr. Haji Muhiddin Yusin, Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort Salleh Haji Eddris dan Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Sabah Isnin Haji Ali Asnih.

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort mahukan setiap warga pendidik perlu memberikan komitmen dan kesungguhan mendidik anak bangsa seterusnya menjayakan dasar-dasar pendidikan negara ke arah melahirkan generasi yang cemerlang dalam pelbagai bidang.

PERKENALAN…Lajim diiringi oleh Dr. Haji Muhiddin Yusin bersalaman dengan kontinjen sambil menyerahkan cenderamata sebelum kejohanan bermula.

Mengenai pesta sukan itu, beliau berkata, ia mampu mewujudkan warga kerja yang cergas dan cerdas yang dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan dalam meningkatkan mutu pendidikan dalam negeri.

Tambahnya, ia juga secara tidak langsung mendukung matlamat kerajaan melahirkan pekerja yang cergas, cekap, aktif, berdisiplin, berdaya maju dan berdaya tahan.

“Ini sekaligus dapat melahirkan masyarakat malaysia yang cergas, aktif dan proaktif dengan nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran masa hadapan,” katanya.

Seramai 945 peserta dari seluruh negeri menyertai sukan tahunan ini membabitkan tujuh kontingen yang menyertai kejohanan yang bermula kelmarin akan berakhir pada 12 November ini.

No comments:

Post a Comment