Thursday 3 November 2011

JALAN KONTROVERSI TELAH DITURAP


TURAP...Jalan Telupid yang rosak teruk kini telah diturap.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

JALAN Raya sepanjang 30 meter yang menjadi penghubung antara Kota Kinabalu- Sandakan di pekan Telupid telah menjadi kontroversi sejak setahun lalu yang mengalami kerosakan sejak sekian lama kerana tidak diselenggarakan.

Atas usaha gigih dan desakan Ahli Majlis Daerah Beluran, James Miki yang sering menegur Jabatan Kerja Raya, Ahli Parlimen Beluran dan ADUN Labuk di Sabahkini.Net supaya jalan tersebut dinaik taraf atau diselenggarakan kerana banyak mengundang kecelakaan jalanraya, akhirnya telah diturap.

“Seorang yang dilantik oleh ADUN sebagai Ahli Majlis Daerah Beluran yang diamanahkan untuk membangunkan kawasan Beluran dan Labuk Sugut, saya tidak boleh berdiam diri saja untuk melihat perkara-perkara songsang yang berlaku di sekeliling kita.

“Saya tidak nafikan sering kali saya mengkritik Ahli Parlimen Beluran dan ADUN Labuk termasuk ADUN Sugut untuk kebaikan bersama. Tetapi saya tidak berniat untuk memburuk-burukan sesiapa. Saya membuat teguran membina, bukan bertujuan untuk menjatuhkan imej sesiapa, sebaliknya ingin mereka sedar kesilapan mereka mengurus tadbir badan kerajaan,” kata James lagi.

Memandangkan Jabatan adalah pelaksana, maka kata James, sekiranya pegawai dan kakitangan termasuk Ahli Parlimen dan ADUN tidak begitu prihatin terhadap permasalahan rakyat; sudah pastinya akan menjejaskan nama baik kerajaan BN itu sendiri kerana rakyat marah kepada kerajaan, sedangkan puncanya daripada kecuaian pegawai kerajaan.

“Kenyataan membina saya di Sabahkini.Net telah membuah hasil melalui pembukaan BSN; penurapan jalan rosak sepanjang 30 meter dan lokasi baru tempat pembuangan sampah di pekan Telupid ini,” kata James yang memberitahu Sabahkini.Net sejurus selepas lawatannya meninjau projek penyenggelaraan jalan tersebut.

Bagi pihak warga Telupid, James mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang begitu prihatin terhadap masalah rakyat, walaupun agak terlewat, tetapi isu kontravesi telah diselesaikan.

No comments:

Post a Comment