Monday 7 November 2011

JEJAK LDP DI PAGI AIDIL ADHA




HULUR....Liew sedang menghulurkan wang raya kepada seorang ibu tunggal 6 orang anak.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

SEBAGAI insan, kita harus tolong menolong antara satu sama lain seiring dengan tanggungjawab kita sebagai manusia agar mereka menikmati kehidupan selesa seperti insan-insan lain melalui pelbagai saluran termasuk program E-kasih.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata demikian selepas mengadakan kunjungan ke rumah tiga keluarga di Kampung Sim-Sim, Berhala Darat dan Kampung Sim-Sim Tengah, Sandakan, kelmarin.

Rumah pertama yang dilawati V.K.Liew didiami Siti Monah Binti Awang Damit, 31, yang mempunyai 3 orang anak dan tinggal bersama 12 orang keluarga yang lain di Jambatan 6.

Siti Monah merupakan ibu tunggal dan memohon belas ehsan daripada V.K.Liew untuk mendapatkan bantuan E-kasih untuk menyara kehidupan anak-anaknya.

KUNJUNG.....Liew sedang membincangkan sesuatu dengan seorang ibu tunggal Siti Monah di kediamannya.

ZIARAH...Liew bersama rombongan sedang menziarahi Mak Cik Halilah Saleh yang terlantar kerana mengidap sakit belakang dan Parkinson.

Sementara itu, seorang warga tua, Halilah Bte Saleh, 58, tinggal Jambatan B di Sim-Sim Tengah bersama 11 orang ahli keluarga turut mengidap penyakit Parkinson dan sakit belakang juga merayu agar dapat ditempatkan di rumah kebajikan orang tua kerana tidak mahu menyusahkan keluarganya.

Dalam lawatan terakhir, V.K.Liew ke Sim-Sim Tengah bertemu dengan seorang ibu tunggal yang mempunyai 6 orang anak, Manisah Abdul Gais, 47, yang hidup dalam keadaan daif dan memerlukan bantuan untuk menyara hidup anak-anak setelah suaminya meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu.

Kata Liew, semua masalah tersebut yang telah dihadapi oleh ketiga-tiga keluarga daif itu sudahpun dicatat dan akan diproses untuk diajukan kepada jabatan berkaitan untuk diambil tindakan segera.

No comments:

Post a Comment