Tuesday 1 November 2011

JHEAINS SELEWENG WANG SEKOLAH AGAMA?



Oleh : MOHD FIRDAUS BIN MUHAMMAD NOR

DEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) menuntut penjelasan penuh daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) berhubung aliran perbelanjaan sejumlah RM 1.7 juta yang disalurkan untuk perbelanjaan menaik taraf lima buah sekolah berasrama penuh.

Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan mendakwa, berdasarkan Laporan Audit 2010 menunjukkan secara jelas, adanya berlaku penyelewangan terhadap sejumlah peruntukan yang diberikan untuk kerja-kerja menaik taraf sekolah berkenaan.

“PAS mendesak agar dibuat penyiasatan rapi termasuk seluruh cabang dan bahagian dalam JHEAINS untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan ke atas peruntukkan itu. Ini institusi agama, bagaimana peruntukkan tersebut diproses, kemana peruntukkan diagihkan dan apa kesan terhadap penambahbaikan itu berjalan?, “soalnya.

Beliau berkata demikian semasa Sidang Media selepas perasmian Majlis Konvokesyen PASTI kawasan Kota Kinabalu kali ke-21 yang diadakan di Dewan Saadah, Wisma MUIS.

No comments:

Post a Comment