Wednesday 9 November 2011

KENAPA PROJEK APMM TERBENGKALAI?



Saudara Pengarang,

SETIAP hari saya melalui Jalan Sim Sim, Sandakan. Ketika melalui jalan tersebut, saya terlihat satu papan tanda di kawasan bekas Kilang Sabah Sea yang terbakar suatu waktu dulu. Papantanda ini menyatakan bahawa sebuah bangunan pejabat Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) akan didirikan dan akan siap pada Oktober 2011. Tapi agak menyedihkan kerana sehingga ke hari ini projek tersebut tersadai begitu saja. Persoalannya, kenapa projek tersebut terbiar dan adakah peruntukan telah diselewengkan sehingga menyebabkan projek tersebut tersadai?

Salam Hormat,

MAMAT

No comments:

Post a Comment