Monday 7 November 2011

KETUA KAMPUNG BANTU PATI HALAU ANAK NEGERI?


Oleh : MOHD HAIKAL HALIM

TINDAKAN Ketua Kampung Silam Lamak, Lahad Datu, Ahmad Ismail menyokong permohonan PATI yang mendapat kad pengenalan projek, Haji Wahab Bin Nonong untuk menghalau dan mengusir keluar Hairol @ Awang Damit Bin Jimlok daripada tanah adat milik NINA BINTI GAYA, telah membuakkan kelenjar adrenalin Parti Keadilan Rakyat.

Timbalan Ketua Penerangan, Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Citra Masadi yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi kecewa dengan tindakan Ketua kampung berkenaan yang bersekongkol dengan PATI yang beliau tahu mendapat MyKad projek, untuk menghalau Anak Negeri keluar daripada tanah yang kononnya milik mereka; sedangkan tanah tersebut adalah tanah adat milik Nina Binti Gaya.

“Jika Cop Ketua Kampung boleh digunakan dan polis hanya berdiam diri dengan laporan polis yang dibuat oleh Anak Negeri Sabah, maka apa lagi ertinya mengecap kemerdekaan jika hak perlembagaan tidak ditunaikan?,” tegas Citra yang meminta Kementerian Dalam Negeri menjadikan kes ini sebagai contoh untuk membuktikan bahawa PATI yang diberi kad pengenalan memang wujud dan bukan cerita kosong rakyat Sabah.

Kata Citra, jika adik Wahab bin Nonong iaitu Sitti Nuhi Binti Upao masih menggunakan kad pengenalan merah kerana sebelum ini pemegang IMM13, apa logiknya Wahab berbinkan Nonong sedangkan nama asal Wahab ialah Nonong Bin Upao.

Buktinya kata Citra, ketika anak sulung Wahab, Abdul Munap lahir pada 23 Julai 1965, Wahab masih menggunakan pasport IMM13 Filipina sehingga permohonan anaknya mendapatkan pengesahan taraf Warganegara Malaysia tidak berjaya dan masih menggunakan MyKad Merah iaitu Penduduk Tetap.

“Apa rasionalnya adik beradik Abdul Munap (anak wahab) seperti Mohd Jan dan Sitti Asnah berbin dan berbintikan Nonong, sedangkan adik beradik lain seperti Mohd San, Mohd Sam dan Mohd Sim berbinkan Wahab?,” tanya Citra yang kesal kerana polis dan Imigresen enggan melakukan sesuatu tindakan menurut undang-undang sedangkan mereka memiliki rekod Wahab yang sebelum ini bernama Nonong; meloloskan diri dengan identiti baru sebagai Wahab bin Nonong iaitu anak kepada diri sendiri.

Sehubungan itu, Citra menggesa agar Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien memberkas kesemua keluarga Wahab @ Nonong kerana memperolehi dokumen pengenalan diri melalui jalan tipuan kerana mereka adalah pemilih berdaftar haram atau pengundi hantu.

Berikut isi kandungan surat yang diserahkan Citra kepada Sabahkini.net,

Kg. Silam Lamak,

KM 21.5, Jalan Silam,

Peti Surat 60908,

91118 Lahad Datu, Sabah.

26 September 2011

KETUA POLIS DAERAH,

Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu,

91107 Lahad Datu,

SABAH.

Tuan,

PEMBERITAHUAN DAN CAMPURTANGAN PIHAK POLIS UNTUK MENGHALAU HAIROL @ AWING DAMIT BIN JIMLOK BESERTA IBUBAPA DARI TANAH HJ WAHAB BIN NONONG SECARA PAKSA DI KAMPUNG SILAM LAMAK, KM 21.5, JALAN SILAM, LAHAD DATU

Dukacita perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Saya, Abdul Munap Bin Wahab (650723-12-5603), bapa biologi saya, Hj. Wahab Bin Nonong dan adik beradik dukacita memaklumkan bahawa akan bertindak untuk menghalau dan mengusir keluar Hairol @ Awang Damit Bin Jimlok dan ibubapa serta keluarga beliau dari tanah bapa saya, Hj Wahab Bin Nonong di Kg Silam Lamak,KM21.5, Jalan Silam, Lahad Datu secara paksa dan kekerasan (jika perlu) atas sebab-sebab berikut;-

i) Beliau beserta ibu bapa beliau, Jimlok Bin Zakaria dan Hairan Binti Sambiau adalah punca konflik dan perbahalahan antara Hj Wahab Bin Nonong dengan adik kandungnya, Sitti Nuhi Binti Upao serta anak buahnya Ninah Binti Gaya dan suaminua Benson Bin Abd Hari serta keluarga lain di tanah yang dipertikaikan.

ii) Beliau berserta ibubapa adalah orang luar dan tiada tali persaudaraan mahupun kekeluargaan dengan Haji Wahab Bin Nonong mahupun keluarga yang lain.

iii) Beliau berserta ibubapa adalah menumpang dan bertanggung jawab menjadi dalang segala fitnah yang ditaburkan di internet terhadap Hj Wahab Bin Nonong dan juga fitnah di kalangan masyarakat setempat.

iv) Beliau dan ibubapa bertindak melaga-lagakan dan mengapi-apikan bibit-bibit kebencian di antara Hj Wahab Bin Nonong dan adik kandung serta anak buahnya walaupun beberapa kali berdamai dan

v) Ibubapa beliau bertindak memecahbelahkan hubungan silaturrahim di antara keluarga dan juga jiran Islam yang berdekatan.

vi) MAKA DENGAN INI, saya Abdul Munap Bin Wahab, anak sulung kepada Haji Wahab Bin Nonong dan adik beradik yang lain, di atas fakta dan hakikat yang tersebut dan demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan supaya persengketaan dan perbalahan keluarga ini tidak berpanjangan akan bertindak untuk mengusir keluar (30 hari dari tarikh surat ini) secara kekerasan (jika perlu) Hairol @ Awang Damit Bin Jimlok, ibu bapa serta kesemua keluarganya keluar dari tanah Hj Wahab Bin Nonong.

Saya yang benar,

No comments:

Post a Comment