Wednesday 16 November 2011

KK RELA DIPECAT DEMI IBU PERTIWI



KECAM…..KK Mahir mengecam kekejaman Corak Nakhoda dan Polis.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

TINDAKAN kejam Corak Nakhoda Sdn Bhd mengusir Anak Negeri Sabah daripada tanah adat di lima buah kampung; iaitu Kampung Malagatan, Sogo-Sogo, Kiandungu, Lumankau dan Keliwatung seluas 7,230 ekar di Tongod bakal menjejaskan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.

“Sebagai Ketua kampung Kiandungo yang dilantik oleh kerajaan untuk menjaga adat istiadat dan kebajikan Anak Negeri Sabah, saya merasa amat terhina kerana tidak dapat mempertahankan hak-hak warisan nenek moyang kami daripada penindasan Corak Nakhoda Sdn.Bhd yang pada asalnya miliki tiga Dewan Perniagaan, kini telah dijual kepada Cina Sial daripada Semenanjung Malaysia,” kata Ketua Kampung Kiandungo, KK Mahir Rio yang kesal dengan insiden meroboh rumah penduduk kampung dan memusnahkan tanaman mereka.

KK Mahir yang turut serta mengadakan tunjuk perasaan secara aman di Balai Raya Kg Kiandungo bagi menentang rejim Corak Nakhoda yang akan meradu serta membakar rumah-rumah kepunyaan 482 keluarga pada bila-bila masa.

“Saya amat kesal kenapa Ahli Parlimen Kinabatangan dan Wakil Rakyat Kuamut tidak mahu membela nasib malang yang menimpa seramai 482 yang membabitkan 1,000 penduduk yang tidak berdosa,” kata KK Mahir yang kesal kerana Corak Nakhoda tidak berunding dengan beliau sebelum melancarkan operasi pemusnah.

Di manakan lagi penduduk kampung mahu tinggal jika semua tanah mereka dirampas sedangkan mereka telah mengusahakan tanah tersebut ratusan tahun lalu, tambahan pula beliau adalah generasi ketiga.

“Kami pohon tanah ini sejak kerajaan BERJAYA, PBS dan BN. Ramai wakil rakyat bersilih ganti tetapi tiada sesiapa yang mahu menolong kami untuk mendapat geran yang sah daripada kerajaan,” kata KK Mahir yang tidak dapat menahan air mata sebak ketika menceritakan janji manis pemimpin politik sejak merdeka.

Tegas KK Mahir, mereka bukan sahaja dihujani dengan janji-janji manis dengan mengatakan bahawa kerajaan akan mengeluarkan geran tanah bagi kawasan seluas 7,230 ekar, tetapi hakikatnya setelah diukur, tanah tersebut diluluskan kepada Corak Nakhoda.

Sebagai usaha mempertahankan hak mereka, penduduk kampung telah mencapai kata sepakat, untuk tidak keluar dari rumah walaupun pihak polis telah mengancam akan menembak seorang demi seorang sekiranya penduduk enggan berganjak,” kata KK Mahir yang berjanji akan menentang habis-habisan sehingga ke titisan darah terakhir demi mempertahankan hak mereka.

KILANG BARU....Ini kilang baru milik Corak Nakhoda yang didirikan di atas tanah orang kampung yang dirampas dengan bantuan polis.

KK Mahir tidak menolak kemungkinan polis akan ‘disewa’ oleh Corak Nakhoda Sdn Bhd untuk menzalimi Anak Negeri Sabah sebagaimana yang berlaku di Latangon sekitar 2006.

“Saya agak hairan sejak bila Dasar kerajaan Barisan Nasional boleh menzalami rakyat terutama kaum Sungei dan Kadazandusun yang dipandang hina dan tergamak menghalau kami secara kekerasan menggunakan polis dan PATI,” kata KK Mahir yang kesal dengan tindakan tidak berperi kemanusiaan Polis Bukit Garam terhadap Anak Negeri Sabah.

Kata KK Mahir, beliau kesal dengan tindakan Ketua Polis Daerah Kinabatangan kerana telah menyumbat seorang penduduk kampung ke lokap Balai Polis Kota Kinabatangan semata-mata kerana mahu melaporkan tindakan Corak Nakhoda yang akan meroboh rumahnya.

“Apa salah penduduk kampung tersebut sehingga ditahan tanpa reman selama empat hari, dibelasah polis sehingga lebam; seolah-olah dia melakukan jenayah berat, sedangkan beliau hanya datang untuk membuat laporan,” kata KK Mahir yang telah berbincang dengan peguam mereka untuk mengheret polis yang melakukan kekasaran terhadap penduduk berkenaan.

Kata KK Mahir, beliau ingin tahu kenapa polis terlalu bencikan orang Sungai, Kadazandusun, terutama sekali yang tinggal di kawasan luar bandar dan meminta Pesuruhjaya Polis Sabah memandang serius isu ini.

“Apakah dosa kami terhadap kerajaan dan polis? Kenapa mereka terlalu mengagung-agungkan PATI dari Indonesia? Kami juga insan biasa seperti PATI; tetapi kerajaan pada hari ini terlalu memberikan layanan paling istimewa, yang bukan alang kepalang kepada PATI,” ujar KK Mahir yang terkilan dengan semua kejadian yang berlaku ketika Sabah baru sahaja meraikan kemerdekaan 48 tahun.

Walaupun terdapat dua pemimpin daripada suku kaum Sungei, tetapi gagal membela nasib masyarakat Sungei yang nasib mereka lebih malang daripada penduduk Palestin di Tebing Barat.

“Saya rela dipecat daripada Ketua Kampung, daripada bersekongkol dengan Corak Nakhoda dan polis yang menerima habuan dengan menzalimi Anak Negeri Sabah,” kata KK Mahir yang mungkin terpaksa memilih penjara jika tidak ada jalan penyelesaian.

No comments:

Post a Comment