Tuesday 22 November 2011

LDP GANTI MPS?



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : HARRY CHUNG

JAWATANKUASA Tindakan Alam Sekitar Parti Liberal Demokratik (LDP) Bahagian Sandakan telah mengadakan Program Gotong-Royong Bersepadu untuk membersihkan sepanjang tepi jalan penghubung antara Bukit Bendera (TrigHill) dengan Sentosa Sandakan, kelmarin.

Ketua Perhubungan Parlimen P186 Sandakan, Charlie Pang yang mengetuai program itu berkata tujuan mengadakan program gotong-royong tersebut yang melibatkan ahli-ahli LDP dengan penduduk Bukit Bendera untuk menjalinkan hubungan mesra antara satu sama lain.

“Walaupun Bukit Bendera mempunyai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) lebih kurang 15 tahun lalu, namun sehingga ke hari ini hanya ada pada nama saja, tetapi tidak berfungsi langsung,” jelas Charlie.

Kata Charlie lagi, memandangkan jalan tersebut tidak pernah diselenggarakan sehingga rumput panjang yang tidak dipotong oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), maka LDP melalui Jawatankuasa Tindakan Alam Sekitar telah membersihkan keseluruhan jalan dan taman yang tidak dipedulikan oleh MPS.

“Yang menghairankan kita, MPS melantik beberapa kontraktor untuk kerja-kerja pembersihan tersebut tetapi masih banyak kawasan taman-taman peranginan termasuk jalan-jalan kampung yang sudah dinaik taraf, dibiarkan begitu sahaja sehingga menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna dan penduduk setempat,” ujar Charlie .

No comments:

Post a Comment