Saturday 12 November 2011

LONGKANG TERSUMBAT, AIR MASUK KE RUMAH



Oleh : CHANG SHAK HUNG

EKORAN longkang di Blok 73, Fasa 2, Taman Mawar, Sandakan tersumbat, maka air hujan berkeladak melimpah masuk ke kawasan rumah sehingga menyukarkan kehidupan mereka setiap kali hujan lebat.

Seorang penduduk, Mary telah mengadu kepada Sabahkini.net, longkang tersebut tersumbat kerana ditumbuhi lalang

Mary turut mengadu bahawa berlaku keretakan di bahagian pagar rumahnya akibat daripada tindakan kontraktor yang menjalankan pembinaan perumahan di sebelah rumahnya.

Walaupun kontraktor telah membina benteng penghadang, namun ia masih tidak memadai untuk menghalang runtuhan tanah yang boleh memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang kerana berlaku gelinciran tanah.

Manakala penduduk yang tinggal di Blok 73 dan di sekitarnya juga telah mengadu bau busuk akibat tindakan seorang penghuni rumah menggunakan insang ikan yang telah direndam ke dalam air untuk disiram ke batas sayur di halaman belakang rumahnya sehingga mengganggu kehidupan seharian penduduk yang tinggal berdekatan.

Kesemua permasalahan tersebut telah diajukan Sabahkini.net kepada MPS melalui e-aduan dan pada 11.11.11, kira-kira jam 8 pagi, Sabahkini.net telah menerima maklumbalas melalui email, bahawa kesemua permasalahan telah dirujuk kepada Jurutera Perbandaran Kanan dan Pegawai Penguatkuasa untuk tindakan susulan.

No comments:

Post a Comment