Sunday 20 November 2011

NASIB USNO DITENTUKAN HARI INI



Oleh : MEDIA USNO.

PENAJA USNO Sabah yang diketuai oleh anak Mantan Bapa Kemerdekaan Sabah, Datu Badaruddin Tun Datu Haji Mustapha akan mengadakan mesyuaratnya hari ini 20 November 2011 bagi membincangkan hala tuju dan tindakan seterusnya bagi memperjuangkan serta memulihkan semula Parti USNO supaya dapat menyertai PRU 13 akan datang.

Mesyuarat yang akan diadakan di Kota Kinabalu itu akan dihadiri oleh semua AMT seluruh Sabah dan akan membuat satu ketetapan yang bakal diumumkan selepas mesyuarat nanti.

Pada 12 Mei 2011, USNO telah mengadakan sidang akhbar dan memberi tempoh 14 hari kepada KDN untuk memberikan jawapan kepada pendaftaran Parti semada diluluskan atau sebaliknya; jika tidak Parti USNO akan meminta campur tangan DYMM Yang Di Pertuan Agong bagi menyelesaikan perkara itu.

Dalam satu sidang selepas pengumuman menghidupkan semula USNO, Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman selaku Pengerusi BN negeri tidak menghalang kewujudan semula USNO bahkan memberi pandangan bahawa rakyat BERHAK untuk menubuhkannya semua dalam konteks Negara Demokrasi.

Jesteru itu halangan yang dihadapi USNO perlu diselesaikan oleh pihak berkuasa dan ROS serta KDN bagi memberikan laluan kepada rakyat negara ini menjalankan aktiviti politik dan menyegarkan prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara.

USNO adalah parti kemerdekaan Sabah. Tanpa USNO Malaysia tidak mungkin wujud kerana parti ini adalah tunggak kepada perundingan penyertaan dan pembentukan Malaysia pada 1963 dan pernah memerintah Negeri Sabah selama 13 tahun dari 1963 hingga 1976; serta menggangotai kerajaan Barisan Nasional sebelum dibubarkan secara teknikal oleh ROS pada 2004.

Usaha menghidupkan USNO telah dimulakan sejak 2005, perundingan dan perjumpaan dengan pihak kerajaan khas Ketua Menteri Sabah dan Pernah Menteri Malaysia pernah diadakan bagi membolehkan USNO dipulihkan semula pada tahun 2007.

Tetapi sehingga hari ini belum mendapat kelulusan yang sewajarnya, walhal sudah terlalu banyak parti-parti yang telah diluluskan selepas penubuhan USNO semula, antaranya Parti Makkal Sakti, Parti Kita dan banyak lagi yang mendapat kelulusan kurang dari 60 hari selepas pendaftaran.

Jesteru itu AMT USNO akan membuat keputusan selepas mesyuarat yang akan diadakan ini bagi memperjuangkan serta memulihkan parti itu semula.

No comments:

Post a Comment