Friday 18 November 2011

PEGAWAI RELA ATAU ANAK SINGA?



TERUK….Paula, 59, dibelasah teruk oleh seorang anggota Rela yang dilindungi oleh Pegawai Rela Daerah yang tergamak membiarkan Paula dipukul anggota Rela lain.

Oleh : KAREN OMPONGAU

ADUAN salah laku dan perbuatan ganas Pegawai Rela Daerah Keningau, Venantius Masingga kini muncul kembali. Kali ini, seorang budak kecil menjadi mangsa Venantius. Budak tersebut kini dilanda trauma kerana cedera dan menerima jahitan di kening dan kepala.

Nasib Clarence Pius,12, lebih malang lagi disebabkan ibunya tidak dapat membantu kerana selepas insiden berkenaan, Venantius membawa mangsanya ke hospital tanpa memaklumkan kepada ibu mangsa. Hanya selepas diberi pemeriksaan kesihatan dan jahitan dilakukan, anak itu dihantar ke rumah.

Kejadian ini berlaku dua minggu lalu, namun terbongkar ke pengetahuan Sabahkini.net disebabkan kemarahan penduduk dan rasa tidak puas hati terhadap Venantius yang berlagak temberang dan sering menyalahguna kuasanya.

Ibu mangsa, Mariah Kandu, terkejut apabila anak lelakinya dihantar ke rumah mereka di Kg.Pagansangan, Keningau dalam keadaan yang mencurigakan.

Ibu mangsa dikatakan tidak berdaya untuk membuat laporan polis kerana bimbang dicederakan disebabkan Venantius tinggal sekampung dengannya; apatah lagi ayah kepada anak malang itu bekerja di Afrika.

Menurut Mariah, Venantius memaklumkan kepada beliau bahawa Clarence terjatuh di rumpun buluh sehingga menyebabkan kecederaan. Namun mangsa memberitahu ibunya, bahawa dia telah dibaling dengan batu ketika mandi manda di sungai bersama kawan-kawan. Kejadian itu dilihat oleh kanak-kanak lain.

Dikatakan Venantius telah memohon kemaafan dan membayar sogit dengan memberi garam, namun Mariah curiga keikhlasan Venantius memohon maaf kerana garam yang diberikan itu diminta dari dapur rumah mangsa?

ANEH…. Laporan polis yang dibuat oleh Paula hanya meminta undang-undang Mahkamah Anak Negeri dikenakan kepada orang yang bersalah terhadapnya (atas tekanan Venantius /Ketua kampung).

GILA…..Satu lagi laporan polis terhadap PRD Keningau yang meletakkan undang-undang di tangan sendiri.

Sumber mengatakan Venantius telah datang kembali untuk meminta maaf, namun ibu mangsa tidak membuka pintu rumah kerana takut. Sebelum ini Venantius ini seringkali menimbulkan kekecohan termasuk mengunci balai raya kampung dengan mangga lain dengan tujuan menghalang sesi pembelajaran budak-budak Taska Kemas yang menumpang balai raya itu. Tindakan itu juga telah menyebabkan ketakutan kepada tenaga pengajar Kemas.

Sebelum ini, Venantius seringkali menyalahguna kuasanya terhadap anggota Rela di daerah Keningau. Beliau sering menggunakan khidmat percuma Rela untuk mengerjakan sawahnya secara bergotong-royong atau membersihkan kebun.

Dalam satu kejadian lain, selepas sesi gotong-royong membersihkan kebun Venantius; seorang anggota Rela warga tua yang juga kakak kepada Venantius telah dibelasah oleh seorang anggota Rela lain di hadapan beliau.

Namun Venantius tidak menghalang perbuatan anggota yang berusia 31 tahun itu. Namun setelah dibelasah teruk, wanita malang itu telah membuat laporan polis atas serangan terhadapnya dalam satu majlis anjuran Venantius.

Venantius telah meminta agar laporan polis itu ditarik balik dan pemuda yang membelasahnya bersetuju untuk membayar denda. Malangnya nyawa orang tua itu yang dibebani trauma serta kesakitan, hanya dinilai dengan seekor ayam dan seekor babi mengikut undang-uundang sogit.

Kes tersebut telah ditutup oleh Venantius sendiri yang tidak mampu melindungi orang tua dari diserang oleh anggota Rela yang sering mengampunya.

Venantius telah menimbulkan banyak kekacauan termasuk menganggu isteri orang, membuat kekecohan di majlis-majlis dan berlagak bahawa beliaulah yang paling berkuasa dan perlu dihormati.

Persoalan yang ditimbulkan banyak pihak, perlukah kerajaan terus memberi tanggungjawab kepada orang ini; sedangkan beliau sendiri tidak boleh mengawal dirinya dan melindungi orang yang lemah seperti seorang kanak-kanak dan warga tua?

Perlukah orang ini terus menjaga ketenteraman awam sedangkan beliau seringkali mencetuskan kemarahan, tidak puas hati di kalangan penduduk yang kerap menjadi mangsanya?

Sabahkini.net sedang berusaha untuk mendapatkan gambar Clarence kerana ketika buat masa ini kanak-kanak tersebut enggan berjumpa dengan sesiapa, lagipun ketika itu sedang belajar di dalam kelas.

Lihatlah wajah Paula, seorang warga tua, 59, yang menjadi mangsa sikap bongkak dan pentingkan diri sendiri abangnya; yang tidak mahu tindakan undang-undang dilakukan terhadap penyerangnya.

Malahan ketika kejadian itu berlaku, Paula dibiarkan diserang oleh seorang anggota Rela yang lebih muda di hadapan matanya. Bukankah itu satu penganiayaan kepada Paula?

Selepas kejadian itu, Paula dihalang untuk membuat laporan kerana bimbang jika polis mengambil tindakan, akan memberi kesan terhadap kedudukannya sebagai Pegawai Rela Daerah Keningau yang menggalakkan keganasan dilakukan anggotanya.

Untuk menyenangkan hati Paula, Venantius dan Ketua Kampung Kg. Pagansangan kemudiannya membenarkan Paulua membuat laporan polis, tetapi hanya memohon penyelesaian di luar mahkamah.

Yang jelas, tindakan tersebut memberi kelebihan kepada penyerang dan Venantius; tetapi tidak kepada Paula yang mengalami trauma secara berkekalan. Bahkan kos perubatan ditanggung sendiri oleh Paula. Sementara penyerang pula bebas begitu sahaja disebabkan hanya perlu membayar sogit kampung.

8 comments:

  1. Venantius ini bukan manusia...knapa pihak POLIS tidak ambil tindakan terhadap "Venantius"?????????? kat mana undang2 MALAYSIA ni?? sampai hak asasi manusia diabaikan??????

    ReplyDelete
  2. Ada job HITMAN ka? Aish...kaC bunuh ja bh ni org. Sia2 ja dia hidup lau mcm ne...

    ReplyDelete
  3. saya tidak puas hati dengan perbuatan macam 2!!!! WTF orang macam ni...buang ja dia dari tugas dia 2....kalau tidakpun kita kuruyuk dia habis2san ....kepada anggota RELA yang lain, jangan anggap kamu ada kuasa...kamu kuat...kalu 1 keningau nampak ni msseg...kami bersatu hati habis kamu oh....!!!

    ReplyDelete
  4. hey!! Venantius.. dam you fucking bitch...you go to hell!...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Kenapa pula pesalah itu yg menentukan samada perlu buat laporan polis atau tidak?? Kalau Puan Paula tidak mampu tanggung kos peguam, pergi minta bantuan Biro Guaman. Orang seperti Venantius itu perlu diajar! Apaitu.. Berlagak seperti GANGSTER dan berselindung sebalik uniform Rela.. Ini menunjukkan kualiti pemilihan pegawai-pegawai Rela bermasalah! Pihak yg melantik dia menjadi Pegawai Daerah itu pun perlu disiasat!

    ROMBAK semula proses pemilihan ahli-ahli Rela ini!!

    ReplyDelete
  7. bodoh la... Samseng kampungan.

    ReplyDelete
  8. To all of you, I've already email this link to KDN, and I've already got an email from KDN, saying that they will do an investigation as soon as possible regards on this matter. So we hope KDN will do their best to ensure this person will get what he deserve to get.

    ReplyDelete