Friday 4 November 2011

PELUPUSAN SAMPAH TELUPID TERATUR



BARU...James kelihatan sedang menunjukkan tapak baru pusat pembuangan sampah pekan Telupid yang lebih strategik.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

ISU tempat pembuangan sampah sarap di tengah-tengah pekan Telupid yang menjadi kontroversi sebelum ini sebagaimana yang dilaporkan Sabahkini.Net kira-kira tujuh bulan lalu kini telah di atasi.

Ahli Majlis Daerah Beluran, James Miki yang pernah mendedahkan perkara ini telah mencari alternatif untuk menangani masalah ini sehinga menimbul sedikit kebencian di kalangan rakan-rakan di Majlis Daerah Beluran, tetapi akhirnya pusat pembuangan sampah itu tela berjaya dipindahkan ke tempat yang lebih strategik.

James sempat menemani wartawan dan Jurufoto Sabahkini.Net ke lokasi baru pusat pembuangan sampah bagi menggantikan tempah yang lama dan menjelaskan segala tindakannya sebelum ini demi untuk kepentingan orang ramai, khususnya warga Telupid yang tinggal di kawasan pekan tersebut.

TEMPAT LAMA.....Bekas tapak pembuangan sampah lama yang telahpun dipagar oleh Majlis Daerah Beluran.

“Saya juga terhutang budi kepada Sabahkini.Net kerana melalui komen-komen dan teguran-teguran yang tersiar termasuk pihak yang memandang serong terhadap saya, namun segala yang saya lakukan membuah hasil demi untuk kesejahteraan masyarakat setempat,” kata James.

James memohon kerjasama daripada semua warga penduduk Telupid agar membuang sampah di tempat yang disediakan dan bukannya di merata tempat sehingga mencacatkan keindahan persekitaran kawasan pekan Telupid.

“Sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan adalah satu amalan dan budaya yang sentiasa tersemat di hati sanubari penduduk yang berakhlak mulia,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment