Sunday 13 November 2011

PEMAJU MUKIM TIDAK KENAL JKKK?



Oleh: HJ.WAHAB TIMPAI.

KETUA Penerangan Umno Bahagian Tenom, Nossil Bin Basayu melahirkan rasa kesalnya terhadap sikap segelintir Pemaju Mukim yang tidak menghubungi JKKK untuk kesahihan laporan mereka itu sebelum dihantar ke Ibu Pejabat di Kota Kianabalu.

“Pemaju Mukim tidak tahu pula nama Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung kerana mereka tidak pernah masuk kampung seperti Kampung Kenar,” kata Nossil yang juga Pengerusi JKKK Kampung Kenar bimbang semua laporan Pemaju Mukim itu yang dihantar di ibu pejabat mereka di Kota Kinabalu adalah kurang tapat.

Kata Nossil, beliau terkilan kerana seorang Pemaju Mukin bertanya ketika beliau datang ke pejabat UPKR kerana tidak kenal siapa Pengerusi JKKK di Kampung Kenar dan beranggapan Pemaju Mukim DUN Melalap tidak dipantau pergerakannya sehingga tidak kenal pasti hal ehwal zon masing-masing.

Umno serius dalam perkara ini dan beliau (Nossil) meminta Pemimpin Kemajuan Rakyat itu sendiri bergerak membawa para Pemaju Mukim yang belum dikenal ke perkampungan dalam zon masing-masing.

“Saya ingin juga ingin tahu adakah Pemaju Mukim ini bertugas sepenuh masa di pejabat atau mereka masuk ke kampung?,” kata Nossil yang berpendapat Pemaju Mukim seharusnya mengetahui berapa ramai penduduk di Kampung Kenar, mengikut cacatan dalam fail yang disediakan oleh JKKK.

No comments:

Post a Comment