Thursday 10 November 2011

PERLUAS KAWASAN PERKADARAN PBT



Kerajaan Sabah bercadang memperluaskan kawasan perkadaran pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata ia bagi memudahkan perkhidmatan diberi di kawasan yang baru dibangunkan seperti kawasan perumahan.

"Pembangunan kawasan perumahan semakin banyak dan ini bermakna banyak tuntutan dan harapan rakyat terhadap peranan PBT," katanya.

Hajiji berkata kerajaan sedang mengkaji kawasan yang perlu dicukaikan dan yang wajar diberi perkhidmatan PBT. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment