Friday 4 November 2011

PLAINTIF GAGAL HADIR, KES MUNGKIN DIKETEPIKAN



WAWANCARA...Hiew (defendan) sedang ditemubual oleh Sabahkini.Net mengenai isu tuntutan itu.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

MANSUR Bin Mursalin dan dua orang lagi rakannya yang mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Sandakan terhadap kepada Hiew Vui Hiong bagi menuntut tanahnya yang terletak di Long Manis seluas 40 ekar, mungkin akan diketepikan oleh mahkamah kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa defendan.

Tanah seluas 40 ekar di Blok 10, Lot 5-6 dan 7 yang berusia 8 tahun itu sudahpun dibangungkan oleh Hiew dengan tanaman kelapa sawit dan sudah mengeluarkan hasil tetapi Hiew telah didakwa menceroboh tanah tersebut.

Tuntutan tanah yang dibuat oleh Mansur Mursalin dan dua lagi rakannya lagi terhadap Hiew hanya melalui surat kuasa dan surat tawaran tanah tersebut bersama-sama PT-PT yang sudahpun dibatalkan oleh kerajaan.

Menurut Peguambela dan Peguamcara, Ratna Dewi Hj Hamdan daripada Tetuan M A Poon yang mewakili defendan, ketika ditemuramah di ruang legar Mahkamah tinggi menjelaskan bahawa walaupun pada dasarnya kes ini menyebelahi Hiew, namun Hiew masih memberi ruang dan peluang dengan seluas-luasnya kepada Plaintif untuk membela diri.

Katanya lagi, saman kedua yang melibat pihak yang sama iaitu Lot 1-2-3-dan 4 di Blok 10 seluas 50 ekar, Hiew berjaya mengetepikan tuntutan saman kerana plaintif tidak cukup bukti untuk mendakwa Hiew sebagai penceroboh.

Sepatutnya kes ini didengar di mahkamah kelmarin, 3 November 2011, tetapi kata Ratna, plaintif sudah dua kali gagal untuk hadir mendengar sebutan kes.

Bagaimanapun kata Ratna, kes ini akan didengar semula di Mahkamah Tinggi pada 16 November dan ini adalah kali yang ketiga. Sekiranya Mansur Mursalin juga gagal hadir, maka Mahkamah berhak mengetepi atau menggugurkan saman dan tuntutan plaintif terhadap defendan.

Hiew (defenden) yang ditemui oleh Sabahkini.Net menjelaskan beliau akan menentang habis-habisan terhadap tuntutan yang tidak jelas itu seperti saman yang dikemukakan oleh Mansur dan dua rakannya kerana ketiga-tiga orang itu tidak diwakili oleh mana-mana peguam bagi membela diri mereka masing-masing.

No comments:

Post a Comment