Friday 25 November 2011

PM PUJI USAHA PEMUDA BN KENDALI FB


BERI PENJELASAN….Jamawi sambil diperhatikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda BN Khairy Jamaluddin memberi penjelasan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak mengenai program Bn Youth Music di PWTC baru-baru ini.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

USAHA yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) menganjurkan progam BN Youthmusic mendapat pujian Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak; yang menyifatkannya sebagai alternatif terbaik bagi mendekati golongan muda melalui media alternative, termasuk media sosial (FB).

Katanya, perkembangan teknologi maklumat yang berkembang maju ke hadapan termasuk penggunaan media sosial perlu dimanafaatkan khusus untuk mendekatai golongan muda yang mempunyai citarasa dan aspirasinya tersendiri dalam menyuarakan suara dan juga pandangan mereka terhadap pelbagai isu yang berlaku dipersekitaran mereka.

“Media sosial ini jika dimanafaatkan sebaik mungkin ianya menjadi saluran terbaik bagi golongan muda menyuarakan segala pandangan dan pendapat mereka termasuk pandangan kepada kerajaan bagaimanapun jika ianya digunakan kejalan yang salah ianya tetap akan memberikan kesan negetif kepada golongan ini,” katanya semasa Perjumpan dengan Dua Sayap Utama Utama Umno Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Program di Pusat Dagangan Dunia Putra baru-baru ini.

SIDANG MEDIA….Ketua Pergerakan Pemuda BN Khairy Jamaluddin bersama Jamawi Jaafar dan jawatankuasa penganjur semasa memberikan penjelasan kepada media mengenai program Bn Youth Music.

KREW....Antara krew dan artis yang terlibat dalam program berkenan.


Sementara itu Pengerusi Sekretariat BN Youth Music, Jamawi Jaafar berkata, Pemuda Barisan Nasional (BN) akan terus menggunakan pendekatan menepati cita rasa golongan muda bagi memastikan sayap itu tidak ketinggalan dalam peredaran zaman.

Katanya, pergerakan itu banyak menganjurkan pelbagai program yang relevan kepada golongan muda termasuk penggunaan pelbagai media sosial.

“Kami akan memastikan pendekatan Pemuda BN sentiasa relevan dan golongan muda yang menjadi sasaran kami terbabit dalam program dianjurkan,” katanya

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia menerusi BN Youth Music, golongan belia berusia antara 18 hingga 40 tahun boleh memuat naik klip video persembahan nyanyian mereka ke www.bnyouthmusic.com yang akan diadili juri profesional antaranya Awie Wings dan Ketua Biro Seniman Muda, Zed Zaidi.

Tiga kategori dipertandingkan iaitu solo, nyanyian vokal berkumpulan dan band yang menawarkan hadiah wang tunai termasuk peluang merakamkan single di bawah Universal Music Malaysia.

Empat peserta terbaik daripada setiap kategori akan membuat persembahan secara langsung pada pertandingan akhir pada 29 Januari depan.

Tambah Jamawi, matlamat penganjuran itu untuk mengetengahkan bakat golongan muda yang tidak mempunyai kesempatan menyertai pertandingan nyanyian sebelum ini.

No comments:

Post a Comment