Tuesday 8 November 2011

RAKYAT SABAH BEBAS AMAL AGAMA


HARMONI…...V.K.Liew menghulurkan bantuan kepada Ganasan dengan disaksikan ahli LDP dan rombongan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

WALAUPUN agama Islam merupakan agama rasmi negara namun rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum, namun mereka dibebaskan membuat pilihan beragama mengikut kepercayaan agama yang dianuti.

Sebagai rakyat Malaysia, kita saling hormat menghormati anutan agama dan amalan budaya kaum-kaum lain demi keharmonian dan kesejahteraan rakyat jelata.

Kita tidak boleh mencerca atau menghina agama dan bangsa-bangsa lain kerana ini akan menimbulkan ketegangan kaum, khususnya rakyat di negara ini. Adalah menjadi kewajiban kita menjaga keharmonian dan adap sopan agar disemai di sanubari kita demi menjamin perpaduan yang kukuh.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata demikian sejurus selepas lawatan kerjanya ke Kuil Sri Sithi Vinayagar, Jalan Pantai, KM1.5, Jalan Utara Sandakan, kelmarin.

Katanya rakyat di negara ini amat beruntung sekali walaupun ramai berbilang bangsa yang berlainan anutan agama dan perbezaan adat budaya; tetapi masih boleh bersatu, duduk minum semeja sehingga masyarakat luar kagum dengan kesatuan rakyat Sabah.

Ekoran daripada Dasar Perkongisan Kuasa dalam menerajui pentadbiran kerajaan yang ada sekarang dan dicantum sekali dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan rasmi Negara, maka tercetusnya sikap toleransi, harmoni sehingga wujudnya perpaduan yang erat selaras dengan slogan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita.

“Sebagai Ahli Parlimen yang mewakil semua kaum di Sandakan, saya terpaksa berlaku adil dan saksama dalam menyalurkan bantuan kepada institusi agama agar terus terpelihara dan mendapat peruntukan sama rata bagi penyelenggaraan rumah-rumah ibadat,” kata V.K.Liew lagi.

Senpena lawatan tersebut, V.K.Liew turut memberikan sumbangan kepada penjaga kuil, Ganasan untuk belanja pelbagai keperluan kuil tersebut.

No comments:

Post a Comment