Thursday 10 November 2011

RAKYAT SINUA BALING BATU KEPADA KKLW



Oleh : MOHD FIRDAUS BIN MUHAMMAD NOR

PAS Kawasan Pensiangan hari ini melahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang lewat menyiapkan projek naik taraf jalan Sinua dekat Sook, Keningau.

Yang DiPertua PAS Kawasan Pensiangan, Hishammudin Sulaiman mendakwa pihaknya amat kecewa dengan sikap kementerian terbabit kerana lewat menyiapkan naik taraf jalan berkenaan yang hanya sesuai untuk kenderaan kereta kebal sahaja.

“Kami berasa kecewa dan sedih kerana rakyat melalui jalan yang tidak berturap yang sesuai dilalui untuk laluan kereta kebal,” jelasnya.

Menurutnya, kesan balingan batu yang jelas dilihat di papan tanda projek berkenaan juga membuktikan bahawa kemarahan rakyat sudah mencapai kemuncak.

“Ini merupakan kesan balingan batu, kesan kemarahan rakyat terhadap jalan yang tidak dibina dan pembangunan yang dibuat oleh Barisan Nasional,” katanya.

Dalam perkembangan lain, PAS Pensiangan juga menyumbang sebanyak 40 kepingan zink kepada Kg. Sinaron, Terusmadi untuk digunakan bagi pembangunan surau di kampung tersebut.

Turut hadir memberikan sumbangan tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Selangor, Husni Zaim Mohmadan dan seluruh pimpinan PAS Kawasan Pensiangan.

No comments:

Post a Comment