Friday 4 November 2011

SALIB Vs BAWANG, PENUH KONTROVERSI!



Oleh : MUTALIB M.D

KESANTUNAN rakyat Sabah, terutama penganut agama Kristian mudah diguris luka apabila lambang agama mereka disentuh; berbanding dengan umat Islam di Sabah yang masih hidup di zaman jahiliah dan semakin taksub terhadap pemimpin sekalipun terpaksa menjual agama mereka.

Peristiwa mengecat pintu Masjid Negeri Sabah di Sembulan dengan lambang salib sekitar 1985 tidak membangkitkan kemarahan umat Islam sehingga memaksa pemimpin politik berhaluan kiri mengupah PATI beragama Islam untuk menyemarakkan isu penghinaan agama Islam dengan menuding jadi kepada Parti Bersatu Sabah (PBS); sehingga menimbulkan rusuhan dan kemusnahan harta benda.

Namun tindakan ‘barbarian’ berkenaan dibalas dengan tindakan penuh bestari dan dramatik apabila akhbar Borneo Mail, milik Tan Sri Bernard Dompok menyiarkan berita Paderi Kristian diculik.

Kebangkitan mendadak sokongan bumiputera bukan Islam di Sabah terhadap PBS begitu memuncak sehingga berjaya memenangi pilihanraya demi pilihanraya sehingga 1994 apabila tewas oleh taktik ‘Pecah dan Perintah’ Barisan Nasional.

Isu Salib adalah ‘Taboo’ di Sabah kerana penganut agama Kristian begitu fanatik terhadap agama mereka, sekalipun mereka tidak meletupkan bom atau melontarkan Molotov; sebagaimana yang dilakukan oleh PATI yang diupah oleh anarkis politik di era 1985; sehingga menimbulkan huru-hara dengan menawan Masjid Negeri Sabah di Sembulan sebagai ‘Markas’.

Walaupun tanda ‘Salib’ (cat merah) di Masjid Negeri dibuat oleh umat Islam sendiri atas arahan seorang Pemimpin USNO yang kini menjadi Adun di Pantai Timur Sabah, namun mereka tidak merasa berdosa menggunakan tangan mereka untuk mencetuskan huru-hara, semata-mata untuk merampas kuasa.

Ketika itu, walaupun terdengar suara sumbang untuk ‘memotong bawang’ (kubah masjid) namun tidak ada sebuah masjid yang diserang oleh penganut agama Kristian dan mereka hanya perlu menyiarkan kes penculikan seorang paderi untuk menyatu padukan sokongan terhadap Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dituduh menipu dan memperdaya USNO kerana enggan membentuk kerajaan campuran.

Campurtangan polis ketika itu, begitu membimbangkan kerana Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar Ebrahim memaklumkan beliau telah diarah untuk membunuh beberapa orang Kadazan dan Cina melalui senapang dan peluru yang diberikan Pesuruhjaya Polis Sabah ketika itu; semata-mata untuk mencetuskan mageran.

Mujur Hassnar enggan menuruti perintah CP, Datuk Maulana Babjee, jika tidak, landskap politik Sabah akan menjadi seperti Filipina kerana ‘membunuh’ adalah ‘HALAL’ dalam politik mereka.

Sejak daripada itu, Salib bukanlah perkara mainan kerana Barisan Nasional telah berjaya mengesan kelemahan orang Kristian iaitu sanggup mati mempertahankan lambang agama mereka sehingga digunakan sebagai ‘senjata ampuh’ untuk menumbangkan sebuah kerajaan pilihan rakyat selepas PBS bergabung dengan Semangat 46, pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

‘Brutus’ dalam PBS telah memakaikan Tengku Razaliegh dengan Tengkolok yang berlambang ‘Salib’ dalam acara penuh gemilang bagi memberi laluan kepada Kerajaan Persekutuan membakar semangat Umat Islam di Sabah dan Semenanjung Malaysia bahawa ‘Semangat 46’ membawa umat Islam di Sabah menyokong Kerajaan Kristian di Sabah.

Walaupun PBS berjaya mempertahankan kerajaan Negeri Sabah kerana taktik menyertai Gagasan Rakyat beberapa hari menjelang pilihanraya umum, namun telah membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada UMNO untuk membawa panji-panji ke Sabah kerana PBS menjadi pembangkang; sehinggalah mereka tewas oleh politik pecah dan perintah BN pada 1994.

Tindakan Sabahkini.net menyiarkan grafik wanita berpelukan dengan lelaki berlatar belakangkan salib baru-baru ini telah mencetuskan pelbagai polemik; sekalipun grafik berkenaan tidak keterlaluan kerana bukannya di dalam gereja dan hanya menggunakan teknik ‘photoshop’ untuk membuat teknik ‘overlapping’.

Sempena sambutan Aidil Adha, Unit Grafik dan Editorial Sabahkini.net menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf daripada seluruh umat Kristian di Sabah jika penyiaran Grafik Sabahkini.net bercanggah dengan tatasusila, dogma, nilai dan norma kehidupan sejagat.

Sabahkini.net tidak bermaksud untuk membangkitkan sentiment agama, tetapi fanatisme menyebabkan senario ini berlaku dan mungkin mudah bagi pihak luar membangkitkan kemarahan rakyat Sabah melalui sengketa ‘Salib’; sedangkan umat Islam hanya berdiam diri jika ‘Surau’ atau Masjid mereka saling tak tumpah seperti kandang kambing!

1 comment:

  1. Apapun tujuan artikel ini disiarkan ternyata ia sedikitpun tidak bersesuaian utk tatapan umum terutamanya di portal berita seperti Sabahkini yg boleh diakses tanpa sekatan. tiada alasan sekeras konkrit yg boleh menjustifikasikan rasional di sebalik semua ini. ulasan saya terhadap artikel yg editor sabahkini maksudkan adalah mudah, jgn sekali-kali alpa dlm mempertimbangkan penyiaran sesebuah artikel lebih2 yg melibatkan sensiviti agama lain. ia adalah sama terhadap mana2 agama pun termasuklah agama Islam. tindakan ilustrator sabahkini dlm mendesign grafik artikel yg ditentang oleh umat Kristian d Sabah baru2 ini memang langsung tidak bertanggungjawab dan kelihatan seperti disengajakan utk mengaibkan penganut Kristian. saya percaya surat pengirim tersebut masih boleh disiarkan biarpun tanpa ilustrasi. Umat Kristian adalah pendamai dan pemaaf kerana kemaafan itu adalah salah satu amalah terpenting dlm ajaranya, pun begitu rasa marah saya kembali membara sebaik sahaja membaca artikel ini terutamanya pada perenggan terakhir. Ia seolah-oleh ingin menekankan bahawa kamilah pencetus masalah dan huru hara di sebalik semua kontroversi2 agama yg melibatkan Islam sekian lamanya. dan bahawa kami adalah pendendam, tidak penyabar, fanatik agama yg mana sanggup "meletupkan diri" di tempat umum, semata-mata utk menyampaikan kemarahan kami kepada rakyat beragama Islam yg mana adalah kawan baik kami, rakan sekerja dan saudara mara kami. bukan salah Kristian jika surau atau masjid umat Islam berkeadaan spt reban ayam mahupun kandang kambing. realitinya adalah terdapat gereja2 kami yg nampaknya lebih teruk dari reban ayam kerana kami tidak diberikan peruntukkan secara khusus bagi tujuan itu setiap tahun. berbeza dgn kebajikan Islam yg berada beberapa tangga di atas kami jika menyebut tentang geran dan peruntukkan dari kerajaan tidak kira pusat atau negeri. ini adalah kenyataannya dan kami menerimanya dgn rela hati dan malah berusaha utk berdiri sendiri biarpun tanpa sokongan kerajaan.

    ReplyDelete