Sunday 20 November 2011

SALLEH KALBI SUKA MUNGKIR JANJI?



Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

PARTI Keadilan Rakyat Sabah menyifatkan Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi sebagai ‘lidah bercabang’ kerana tidak menunaikan janjinya kepada masyarakat Cina di Lahad Datu untuk memulihara Tapak Kuburan Kuno Cina di Silam sebagai destinasi pelancongan.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR, Citra Masadi ketika menjelaskan beberapa janji palsu Salleh Kalbi kepada masyarakat Cina yang harus dipandang serius kerana peruntukan yang diberikan dialihkan ke tempat lain atau untuk tujuan bercanggah dengan tujuan dipohon.

“Sebelum ini beberapa ahli PKR Cina di Lahad Datu ada menghubungi saya meminta dibangkitkan isu janji Salleh untuk membangunkan tapak bersejarah di Silam, terutama ekoran penemuan Kuburan Cina Kuno yang dianggarkan berusia lebih 300 tahun,” kata Citra yang dimaklumkan PKR Lahad Datu bahawa projek berkenaan hanya janji kosong apabila peruntukan diberikan dalam empat peringkat dipindahkan ke tempat lain.

Kata Citra, beliau mendapati bahawa peruntukan khas Ahli Parlimen sejumlah RM80,000 telah dipecah kecilkan kepada empat bayaran dan bayaran pertama RM20,000 untuk projek membina tangga simen Kuburan Cina Lama (Tempat Bersejarah) di Kampung Silam, N50, Lahad Datu (H0809HA18850310992) telah dipinda kepada membiayai sebahagian kos untuk program sambutan Hari Chap Goh Mei 2010, Lahad Datu yang dilaksanakan oleh Aziella Kontraktor.

Janji Salleh untuk membangunkan tempat bersejarah ini kata Citra, telah disiarkan melalui artikel bertajuk ‘Tapak Kuburan China Berusia 300 Tahun Ditemui’ pada 6 Jun 2009, tetapi sehingga hari ini belum ada sebarang pembangunan dibina kerana keseluruhan peruntukan telah dipinda untuk tujuan lain dan dilaksanakan oleh Aziella Kontraktor dan Aleeda Kontraktor, syarikat milik keluarga dan proksi Salleh.

No comments:

Post a Comment