Monday 14 November 2011

SEKULARISME PUNCA GEJALA SOSIAL MERUNCING

CEMERLANG....Nur Ikramieza Anis Hanif, 6 tahun dianugerahkan pelajar terbaik keseluruhan bersama keluarganya.

Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR

PAS Sabah melahirkan kebimbangan terhadap permasalahan gejala sosial yang kian meruncing kerana ketidak seimbangan pendidikan agama dan sekular di Sabah.

Demikian keluhan Pengarah PASTI Sabah, Lahirul Latigu dalam ucapan perasmiannya di Majlis Konvokesyen Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), kawasan Lahad Datu kali ke-13 yang diadakan di Dewan MPOB, Lahad Datu, kelmarin.

“Kita bimbang dengan peningkatan gejala sosial yang berlaku hari ini. Anak-anak ini perlu diselamatkan nilainya kerana mereka ini merupakan generasi pelapis kepimpinan negara,” katanya.

Menurutnya, asuhan mendalami al-Quran dan Sunnah perlu diterapkan sejak kecil sebagai benteng dan asas yang kuat dalam mendepani cabaran.

“Pembentukkan nilai perlu dibina dengan asas yang kuat terutama asuhan mempelajari al-Quran dan Sunnah serta dipasakkan dengan iman yang teguh,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nur Ikramieza Anis Hanif, 6 tahun dianugerahkan pelajar terbaik keseluruhan sempena Majlis Konvokesyen Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), kawasan Lahad Datu.

Seramai 56 pelajar PASTI kawasan Lahad Datu telah menerima sijil konvokesyen masing-masing yang disampaikan oleh Lahirul Latigu.

Turut hadir sempena konvokesyen tersebut ialah Pengerusi PASTI Lahad Datu, Ahmad Parakasi; Pengarah Konvokesyen, Mursidi Amat dan para ibu bapa pelajar.

Dalam perkembangan lain, Lahirul turut merasmikan pembukaan PASTI An-Najah di Taman Warisan 4, Lahad Datu yang akan memulakan pengambilan pertama sesi pengajiannya pada tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment