Friday 18 November 2011

SPRM ROMPAK, POLIS CURI?



Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

KEGELOJOHAN polis menangkap 13 orang aktivis Islam di Tawau Sabah ternyata melalaikan mereka sehingga sebahagian daripada AS$300,000 (RM950,000) wang tunai yang dirampas daripada tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamun tiga pengurup wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu, kini dilaporkan hilang dalam simpanan polis.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Hamzah Abdullah ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi melahirkan rasa kesal di atas insiden yang memalukan ini kerana sebelum ini terlalu banyak desas desus bahawa barang bukti penting telah hilang daripada simpanan polis termasuk wang tunai, dadah dan senjata api.

”Kini ternyata Allah subhanawataala membalas kezaliman polis menangkap aktivis Islam tanpa diberi hak membela diri dengan insiden yang memalukan institusi kepolisan di Malaysia,” ujar Haji Hamzah yang mendesar agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bertanggung jawab dan meletakkan jawatan kerana kecuaian tersebut berlaku di Ibu Pejabat Polis Balai Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam yang dikawal ketat.

Haji Hamzah secara sinis membidas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin yang gagal memastikan sistem simpanan bukti dalam siap guna dan selamat; turut menggesa agar beliau meletakkan jawatan.

”Tidak keterlaluan kalau kita kata, SPRM rompak, PDRM curi!,” ujar Haji Hamzah secara berseloroh tetapi bernada tegas.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan kehilangan itu, berkata selain wang tunai RM11,700; beg duit milik semua suspek turut dilaporkan hilang dari pejabat pegawai penyiasat kes yang terletak di bangunan lama Ibu Pejabat Polis.

"Kita menjalankan siasatan terhadap semua pegawai dan anggota kita yang mengendalikan kes berkenaan serta mereka yang bertanggungjawab untuk berada di pejabat penyimpanan bahan bukti siasatan kes,” katanya ketika dihubungi media semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan sehingga siasatan yang dijalankan pihaknya sendiri selesai.

Dalam kejadian 15 September lalu, polis menahan tiga pegawai kanan SPRM kerana dipercayai terbabit melakukan samun ke atas tiga penggurup wang asing selepas dipercayai bersubahat bersama dua lagi suspek awam.

Bagaimanapun, sehingga sekarang polis hanya berjaya merampas sebahagian wang tunai daripada ketiga-tiga suspek, manakala selebihnya dilaporkan berada dalam simpanan suspek awam yang masih diburu.

Ketiga-tiga pegawai SPRM terbabit didakwa ke Mahkamah Sesyen Sepang pada 7 Oktober lalu atas tuduhan bersubahat melakukan rompakan, penyamaran dan penipuan serta menyembunyikan rancangan rompakan terhadap tiga warga Singapura yang dalam proses membawa wang berkenaan keluar dari negara.

No comments:

Post a Comment