Monday 28 November 2011

TERMINAL TEKSI DI TERMINAL BAS SIAP


BINCANG....Liew sedang membincangkan sesuatu kepada para pengusaha Teksi mengenai isu Terminal Bas.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

PROJEK pembinaan Ruang Letak Kereta Teksi di Terminal Bas Sandakan-Kota Kinabalu KM 5.7, Jalan Utara Sandakan yang menelan belanja sebanyak RM100 ribu menerusi peruntukan persekutuan (Federal Fund) yang telah siap sepenuhnya dapat dimanfaatkan 24 buah teksi yang beroperasi di situ saban hari.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga selaku Ahli Parlimen P186 Sandakan, Datuk Liew Vui Keong berkata demikian kepada media semasa lawatan rasminya ke tapak projek berkenaan, kelmarin.

Katanya, projek pembinaan letak kereta Teksi di kawasan itu merupakan altenatif pihak kerajaan untuk memberikan kemudahan asas kepada para pengusaha teksi yang beroperasi setiap hari di terminal bas berkenaan untuk mengambil penumpang, khususnya pelancong asing.

ALBUM....Liew bergambar beramai-ramai dengan para Penguasaha Teksi dan Ketua Cawangan LPKP Ismail Awang Damit di Tapak Projek Letak Kereta Teksi

“Selama ini para pengusaha teksi yang beroperasi menunggu penumpang di terminal tersebut menghadapi masalah tempat letak kereta yang tidak teratur dan dengan terbinanya ruang letak kereta yang baru ini, sudah pastinya lebih selesa dan bersistematik dan tidak lagi berebut-rebut untuk mencari tempat meletak kereta,” tambahnya.

Ditanya mengenai naik taraf terminal bas antara Sandakan-Kota Kinabalu, V.K Liew menjelaskan tapak memang sudah sedia ada di sebuah kawasan yang luas dan tidak juga jauh daripada terminal bas yang ada sekarang.

Bagaimanapun kata V.K Liew, projek pembinaan terminal baru itu khususnya bagi menggantikan terminal yang ada sekarang akan memakan masa menunggu sehingga satu dua tahun lagi baru dilaksanakan oleh kerajaan.

“Memandangkan masa begitu terlalu lama menunggu, masih banyak perkara yang boleh dilakukan untuk kebaikan rakyat. Contohnya pembinaan ruang tempat letak kereta teksi di kawasan berhampiran terminal bas berkenaan,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment