Saturday 24 December 2011

ADUN BN HANYA PANDAI BERLAGAK?


Oleh : CHANG SHAK HUNG

HUJAN yang turun lebat pada pagi ini, telah menyebabkan Taman Indah Jaya, Batu 4, Sandakan telah mengalami banjir kilat kerana longkang telah dipenuhi air sehinggakan melimpah keluar ke atas jalan raya.

Melalui gambar yang dimuatkan dalam Facebook Chang Shak Hung oleh Rodney Tan, yang menggesa supaya satu tindakan dapat diambil dengan segera.

Namun yang menghampakan adalah melalui maklumat Rodney Tan, kejadian ini merupakan satu kelaziman dan langsung tidak menampakkan kesan positif dari segi kelancaran air kerana longkang yang tersumbat.

Sungguhpun beliau telah mengajukan kepada parti politik dari BN, namun ia begitu memilukan dan amat memalukan memandangkan tugas ADUN yang sepatutnya menjaga kawasan beliau; hanya pandai berlagak, seolah-olah telah membantu rakyat!

Adakah begini keadaan yang dikatakan YB telah membantu penduduk dan rakyat? Di manakah peruntukan ADUN untuk membersihkan longkang dalam menyelesaikan masalah di Taman Indah Jaya?

No comments:

Post a Comment