Sunday 18 December 2011

BA GAGASAN TUNGGAL TENTANG BN DI SABAH?


Oleh: GONOD SUNDA

SETELAH sekian lama Datuk Dr Jeffrey Kitingan menggerakkan matlamat perjuangannya dengan menunggang UBF atas sifatnya sebagai NGO, namun akhirnya dalam keadaan terpaksa, sama ada mahu tidak, terpaksa terjun sekali lagi ke gelanggang politik.

Mungkin kerana telah disedarinya bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk melabuhkan tirai bagi Gagasan Borneo Alliance (BA) turun gelanggang bertarung pada PRU13 setelah ‘bertapa’ menimba ilmu berbulan-bulan lamanya sebelum ini.

Bagaimanapun, kali ini Jeffrey menggunakan kekuatan Borneo Alliance (BA) sebagai agenda perjuangannya yang turut disertai tiga buah parti seperti SAPP, STAR dan USNO untuk memantapkan perjuangannya di samping moral parti tentunya menggamit citarasa pejuang kerana kesemuanya lahir di wilayah Borneo.

Persoalannya sekarang, apakah pembangkang sudah mengambilkira faktor permuafakatan dan persefahaman di antara gagasan pembangkang sebagai tunggak kekuatan pembangkang untuk menumbangkan BN atau sekadar persefahaman itu hanya dipihak BA sahaja, tetapi bagaimana pula dengan Gagasan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.

Jikalau permuafakatan pembangkang itu tidak mampu disatukan sebelum PRU13, sudah pasti niat untuk menumbangkan kerajaan BN hanya tinggal kenangan dan tidak lebih dari sekadar berangan-angan. Pendeknya, jangankan menumbang BN malah menggoncangnya pun belum tentu.

Keadaan semakin bercelaru, apabila desas-desus semakin bertiup kencang kononnya beberapa pemimpin veteran UMNO Sabah dan UPKO akan keluar dan bergabung tenaga membentuk satu perjuangan menentang BN pada PRU13 menerusi sebuah parti pembangkang tempatan Sabah yang masih berkuatkuasa pendaftarannya.

Jika khabar angin itu mempunyai asasnya, maka kenyataan Datuk Dr Jeffrey selepas mengumumkan BA baru-baru ini ketika ditanya wartawan berkata; ”It’s always better to have a one to one fight against BN. That has always been our principle. But where we cannot agree, we will try to minimise the impact…”

Tidak dinafikan bahawa perjuangan Jeffrey untuk menumbangkan kerajaan BN bukan sekadar dilakukannya atas sifat syok sendiri atau untuk kepentingannya sendiri; sebaliknya Jeffrey sanggup merengkok ke dalam tahan ISA lebih dua tahun kerana memperjuangkan hak-hak asasi rakyat Sabah sepertimana terkandung dalam 20 Perkara.

Sekiranya pemimpin-pemimpin BN yang keluar dan menyertai pembangkang di saat saat akhir sebelum PRU13, mungkin juga pemimpin terbabit terdesak dan kecewa; kerana mungkin pemimpin itu tergolong dalam kategori ‘Unwinnable Candidate’; bukan pemimpin ‘negarawan’ serupa dengan semangat perjuangan Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang berjuang bukan kerana memburu kesenangan dan kemewahan, tetapi Jeffrey berjuang kerana Rakyat, Negara dan Bangsa (RBN).

No comments:

Post a Comment