Thursday 29 December 2011

BIDAAN TERBUKA PERJANJIAN PEMBELIAN TENAGA



SURUHANJAYA Tenaga akan membuka bidaan terbuka bagi mengantikan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) generasi pertama.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) S Piarapakaran berkata bidaan tersebut terbuka kepada entiti yang mempunyai equiti 49 peratus di luar negara, yang mampu membawa lebih ramai penggiat industri untuk melabur di negara ini.

"Kami berharap pengurusan loji-loji penjanaan oleh entiti perniagaan yang layak melalui proses bidaan yang terbuka, dapat direalisasikan.

"Saya berharap Suruhanjaya Tenaga tidak membenarkan Penjana Bebas (IPP) generasi pertama yang tidak berunding semula, terlibat secara langsung dalam membuat bidaan untuk sebarang projek," katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di sini Rabu.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan mengetepikan IPP yang tidak berunding semula itu perlu dilakukan bagi melindungi kepentingan negara, dan kerajaan tidak perlu risau terhadap tindakan itu.

"Kerajaan perlu bertegas dalam melindungi kepentingan rakyat untuk mempunyai industri elektrik yang cekap dan efektif bagi membolehkan negara bersaing dalam ekonomi global," katanya.

Mengenai sistem penetapan tarif, beliau berkata tujuh langkah perlu dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), termasuk melakukan penanda aras kos perkhidmatan bekalan elektrik mengikut taraf antarabangsa. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment