Tuesday 20 December 2011

BUKAN ISLAM TURUT SERTA MAJLIS KHATAN



SIRAM..... Azman menyiram kanak-kanak yang menyertai khatan beramai-ramai menggunakan air bomba.

Oleh : KENINGAU PRESS

PESERTA bukan Islam adalah di antara 127 kanak-kanak bawah umur 12 tahun yang menyertai Majlis Khatan Perdana, Daerah Keningau anjuran Pergerakan Pemuda Umno P180 Keningau dan Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Cawangan Keningau..

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau, Azman Haji Ruslan dalam ucapan perasmiannya berkata, Penyertaan Bukan Islam dalam acara tersebut adalah penerimaan mereka terhadap budaya Islam seperti tradisi bersunat di kalangan anak-anak Muslim yang baik untuk kesihatan zahir dan batin.

"Kita juga sentiasa mengalu-alukan penyertaan seumpama ini dan ini menambah eratkan lagi hubungan perpaduan yang telah kita lama jalinkan, " kata Azman.

Penyertaan itu kata Azman juga memberi gambaran Bukan Islam telah sebati dengan konsep Islam dan berkait rapat dengan hubungan yang erat sebagai masyarakat yang hidup bersama-sama dalam satu kawasan seperti Keningau.

RENJIS…. Azman dan Kaipin merenjis bunga mawar peserta sebelum kanak-kanak ini menjalani sunat.

Sementara itu , Pengerusi Usia Keningau, Kaipin Hj Rosmin berkata, pihak Usia dan ibubapa berterima kasih diatas sumbangan yang diberikan oleh Pergerakan Pemuda Umno Keningau yang telah mencetuskan idea seumpama itu.

“Inilah masa yang sangat sesuai untuk melaksanakan program seumpama ini kerana kanak-kanak sedang maenjalani cuti persekolahan,” kata Kaipin yang berterima kasih kerana Kampung Bayangan telah dipilih untuk melaksanakan program yang murni seumpama itu.

Katanya, segala perbelanjaan telah disumbangkan oleh Pergerakan Pemuda Umno yang dipimpin oleh Azman Hj.Ruslan, mantan Ketua Pemuda Umno Negeri Sabah. Program itu dikendalikan oleh Belia Usia Keningau yang dipengerusikan oleh Mohd Erwan Jail.

”Penganjuran ini juga berjaya dan merupakan satu komitmen yang tinggi. Thaniah kerana memahami keadaan, kerana secara tidak langsung ibubapa dibantu meringankan bebanan perbelanjaan untuk memenuhi fitrah kanak-kanak Islam ,”ujar Kaipin di Majlis Perasmian Khatan Perdana. Beliau juga merupakan Pengerusi Gerakan Desa Wawasan Kampung Bayangan.

No comments:

Post a Comment