Wednesday 7 December 2011

DR JEFFREY PEMIMPIN NGO MURAHAN!



WAWANCARA...Masiung sedang diwawancara oleh media mengenai isu tanah 7,230 ekar.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

KETUA Bahagian UPKO P187 Kinabatangan, Masiung Banah menyelar Presiden United Borneo Front (UBF) Datuk Dr Jeffrey Kitingan sebagai pemimpinan NGO murahan kerana mahu jadi Hero untuk memperdayakan dan memperbodoh-bodohkan orang-orang kampung dengan menaburkan pelbagai janji kosong.

Tindakan Jeffry masuk kampung keluar kampung yang disifatkan sebagai ‘Hero’ kononnya mahu membela nasib rakyat di kawasan Kuamut yang membabitkan lima buah Kampung iaitu Kaliwatung, Malagatan, Kiandungu, Sogo-Sogo dan Lumangkau berhubung dengan isi tanah seluas 7,230 ekar yang membabitkan 482 keluarga tidak akan berhasil, sia-sia saja usahanya,” ujar Masiung.

“Perkara ini akan menjadi tandatanya kepada Jeffrey semasa keberadaannya di zaman pemerintahan PBS selama 9 tahun yang mempunyai kuasa mutlak dan abangnya jadi Ketua Menteri Sabah selama 2 penggal, kenapa Jeffrey tidak terlintas difikirannya mahu membela rakyat di kawasan Kuamut untuk mendapatkan geran ke atas tanah-tanah mereka yang sudah dipohon sejak di zaman pemerintahan USNO dan BERJAYA lagi?” tegas Masiung.

Masiung berkata, baru sekarang jadi Presiden UBF yang tiada kuasa apa-apa, beria-ia sangat mahu membela rakyat yang tertindas oleh Corak Nakhoda Sdn Bhd dan memperalatkan dan mengheret UBF dijadikan gelanggang politik untuk kepentingan peribadinya.

Masiung berkata, dalam kes tuntutan tanah-tanah tersebut, orang kampung dihasut oleh parti-parti pembangkang, kononnya kes ini boleh dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan sehingga melantik seorang Peguam Razak & Company, tetapi dalam pembicaraan kes tanah tersebut Ketua Kampung yang mewakili penduduk di lima buah kampung tersebut tewas dan Corak Nakhoda menang dalam pembicaraan tersebut.

“Apabila saya diberi tahu bahawa Corak Nakhoda memang dalam kes tuntutan tanah-tanah tersebut melalui proses pembicaraan di mahkamah, saya telah menemui pengurus Corak Nakhoda dan kami berbincang dengan terperinci sebab Corak Nakhoda mahu meminta ganti rugi daripada orang kampung sebanyak RM200 ribu sebagai kos guaman.

“Saya halang pihak Corak Nakhoda supaya membatalkan niatnya untuk meminta ganti rugi kos guaman tersebut, saya cakap kamu sudah menyusahkan orang kampung, kamu minta lagi bayar kos guaman. Di manalah orang kampung mahu cari duit sebanyak itu? Malahan saya syorkan lebih baik kamu bagi pampasan dan membina rumah dan tinggalkan setiap seorang 20 ekar ladang sawit mereka ini untuk meneruskan kehidupan mereka,” kata Masiung lagi.

ALBUM…. Masiung bergambar bersama-sama dengan sebahagian pemilik tanah.

Menurut Masiung, dalam perbincangan lebih dua jam dengan Corak Nakhoda, mereka bersetuju atas cadangan dan nasihat saya supaya mereka diberi pampasan yang lumayan dan sebuah rumah, tetapi terdapat segelintir penduduk dan tuan punya tanah degil enggan menerima apa yang akan ditawarkan oleh Corak Nahkoda.

“Mereka lebih suka mendengar percakapan dan hasutan-hasutan pembangkang yang hanya memperdayakan mereka semata-mata daripada mahu mendengar cerita daripada saya, sebagai wakil rakyat di kawasan Kuamut. Inilah akibatnya,” ujarnya.

Masiung berkata demikian di hadapan kira-kira 200 orang para pemilik tanah tersebut yang menghadiri majlis perjumpaan dengan penduduk-penduduk kampung di Balai Raya Kampung Sogo-Sogo, kelmarin.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Bahagian PBS Kuamut Awang Gariman; CDO Kuamut Majid dan ketua-ketua kampung lainnya.

1 comment:

  1. sya tidak mahu bercakap tentang siapa yang salah atau siapa yang benar.. tapi apa yang saya lihat di sini, tanah di sabah sepatutnya dipelihara dan dikekalkan untuk orang sabah, penduduk sabah. kenapa mesti membenarkan orang bukan sabah untuk mengambil dan mengeksploitasi tanah negeri sendiri? kalau berterusan begini, dalam masa 20 tahun dari sekarang semua tanah di sabah ini akan 'dicuri' oleh orang luar. kalau itu berlaku, di mana orang sabah akan tinggal nanti? di mana letaknya hak penduduk sabah sebagai orang asal tanah sabah ini? pemimpin pemimpin rakyat patut sedar bahawa tugas mereka bukannya mahu tunjuk belang siapa yang hebat, tapi tugas mereka untuk mempertahankan rakyat dan negeri Sabah.

    ReplyDelete