Friday 16 December 2011

ESOK MALAM MESRA BERSAMA V.K.LIEW



ALBUM .....Sebahagian AJK Pelaksana Malam Mesra Bersama Datuk VK Liew 2011

Oleh : SHAIMON S JUMADI

WALAUPUN terdapat 57 Blok di perumahan Taman Mesra, hanya blok 17 sahaja yang bertuah terpilih jadi tuan rumah untuk majlis Malam Mesra Bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kiong yang akan diadakan di hadapan bangunan tersebut secara besar-besaran pada 17 Disember 2011 ini.

Program yang bermula dari jam 6.30 petang itu adalah anjuran bersama Jawatankuasa Kebajikan Penghuni Blok 17 Taman Mesra dan Band of The Melody Group atas tajaan Pejabat Perhubungan Parlimen kawasan Sandakan

Pengerusi penganjur program tersebut, Jumadiah Kangkong memberitahu Sabahkini.Net tujuan program tersebut adalah bagi memudahkan V.K.Liew mengenali dengan lebih dekat lagi 57 ketua blok dan penduduk-penduduk Taman Mesra.

Sebagai pengisian program tersebut kata Jumadiah, beberapa acara menarik telahpun siap disusun atur, antaranya tarian poco-poco, tarian kebudayaan dan menampilkan 15 orang vokalis berbakat terpendam veteran, dewasa dan remaja untuk mempersembahkan pelbagai lagu pada majlis tersebut.

Orang ramai di persekitaran Taman Mesra, Kampung Damai dan Sri Taman dan penduduk Bandar Kim Fung adalah dijemput untuk menyaksikan program tersebut.

No comments:

Post a Comment