Friday 2 December 2011

HENTIKAN KETIRISAN DANA AWAM



Saudara Pengarang,

NAMPAKNYA akauntabiliti Kerajaan 1Malaysia semakin teruk, buruk, busuk dan jelik kerana belum lagi reda laporan audit berhubung KEMAS dan KKLW; kegelinciran Indeks Transparensi, Skim Fidlot dan Trust; kini timbul lagi kes pembaziran ‘Super Luar Biasa’ yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Silam yang didedahkan melalui Sabahkini.net bertajuk ‘MP Silam Vs MP Machinery’.

Jika Ahli Parlimen Silam yang tidak mempunyai sebarang jawatan boleh menggunakan peruntukan khas Ahli Parlimen untuk memperkayakan diri dan kroni, tanpa gangguan daripada Jabatan Audit Negara dan SPRM; bagaimana mereka yang berjawatan Timbalan Menteri atau Menteri atau Ketua Menteri?

Sungguh enak menjadi Ahli Parlimen kerana boleh menggunakan peruntukan khasnya untuk apa sahaja tujuan termasuk membeli barang atau berlakon menyerahkan barang untuk siaran media tetapi apabila rakyat mahu mengambil barang, mereka hanya ditawarkan sedikit wang.

Saya rasa pendedahan Sabahkini.net hanya segelintir daripada longgokan peruntukan lain yang dikendurikan oleh Ahli Parlimen Silam sehingga mampu membeli rumah, kenderaan secara tunai dan mempunyai simpanan tunai yang banyak di rumahnya.

Daripada pendedahan Sabahkini.net melalui artikel di atas, mari kita minta agar Ketua Audit Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengkaji harga barang yang dibekalkan oleh Ahli Parlimen dan telah dibayar kepada pembekal MP Machinery di Lahad Datu.

Berikut harga barang yang luar biasa yang sempat saya semak di pasaran;

01.Tangki air 400 gelen = RM950 (Harga Sebenar RM360)

02.Mitshubishi Pumboat 7 hp =RM2,150 (Harga Sebenar RM1,300)

03.Mesin Rumput Bimbit =RM1,350 (Harga Sebenar RM650)

04.Mesin Rumput Sorong =RM2,500 (Harga Sebenar RM1,600)

05.Sejadah Gulung =RM200 (Harga Sebenar RM80)

06.Zing = RM28 (Harga Sebenar RM13.50)

07.Kanvas RM1,500 (Harga Sebenar RM750)

08.Lawn Mover 20" =RM1,500 (Harga Sebenar RM850)

09.Kerusi Plastik =RM35 (Harga Sebenar RM20)

10.Pam Air 0.5hp =RM350 (Harga Sebenar RM180)

11.Plywood 3mm =RM28 (Harga Sebenar RM11)

12.Kompang = RM2,000 (Harga Sebenar RM850)

13.Polypipe =RM400 (Harga Sebenar RM190)

14.Komputer Desktop termasuk Printer =RM4,950 (Harga Sebenar RM1,900)

15.Komputer riba =RM4,800 ((Harga Sebenar RM2,450)

16.Enjin Sangkut 15hp =RM7,500 (Harga Sebenar RM3,800)

17.Enjin Sangkut 8hp=RM6,000 (Harga Sebenar RM3,200)

18.Enjin Sangkut 6hp =RM4,800 (Harga Sebenar RM2,400)

19.Kerusi Roda =RM650 (Harga Sebenar RM350)

Sehubungan itu, saya menggesa agar siasatan segera dilakukan bagi mengelak ketirisan yang berpanjangan terhadap dana awam dan memberikan hak saksama kepada rakyat dan pembayar cukai; malah meningkatkan akauntabiliti kerajaan.

Salam Hormat,

AZIZ HAJI ISMAIL

1 comment: