Wednesday 7 December 2011

HINA TYT, KETUA PAS BATU SAPI DILAPOR POLIS


Oleh : HAYATI DZULKIFLI (EHSAN DAILY EXPRESS)

ADIKUNG (ADC) Yang DiPertua Negeri, Major Herman Bombang membuat laporan polis pada selasa terhadap Ketua PAS Batu Sapi, Hamzah Abdullah yang didakwa menghina Tun Juhar Mahiruddin dan Institusi Istana.

Beliau membuat laporan polis itu di Balai Polis Karamunsing pada jam 3.30 petang kelmarin.

"Saya dimaklumkan oleh seorang rakan, Amir Hamzah pada Ahad tentang kenyataan Hamzah yang disiarkan dalam sebuah portal dikenali sebagai Sabahkini.net bulan lepas.

"Hamzah membuat kenyataan yang memalukan tentang Tun JUhar. Dia mendakwa Yang DiPertua Negeri melanggar ajaran Islam, antaranya seperti tidak menutup tangan kanannya apabila bersalam denga bukan Muhrim, membiarkan masjid dalam keadaan buruk, memberikan bintang kebesaran negeri berdasarkan kepentingan tertentu dan membiarkan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu.

"Bukan itu sahaja, hamzah memperlekehkan dan memalukan Tun Juhar kerana menggunakan warna kuning yang beliau (Hamzah) dakwa warna yang hanya digunakan oleh Yang DiPertuan Agong atau Sultan.

"Berikutan penghinaan itu, saya mmebuat laporan polis supaya pihak berkuasa yang berkenaan mengambil tindakan tegas terhadap Hamzah kerana mencemarkan imej yang DiPertua Negeri," kata Herman kepada pemberita.

Herman, yang juga bertanggung jawab soal keselamatan dan protokol Istana, berkata, kunging telah menjadi warna rasmi Istana keranag yang DiPertua Negeri adalah wakil Yang DiPertuan Agong.

Malah, katanya, kuning juga disebut sebagai warna rasmi di bawah Jabatan Upacara dan Protokol di bawah Jabata Ketua Menteri di sini dan telah digunakan oleh semua Yang DiPertua Negeri sebelum ini.

Beliau juga membidas Hamzah kerana melibatkan Yang DiPertua Negeri sekarang dalam agenda politiknya dan menuduh Yang DiPertua Negeri sebagai patung kepada Barisan Nasional (BN).

Hamzah juga disebut dalam portal itu sebagai berkata, adalah tidak wajar bagi Tun Juhar menggunakan warna kuning bagi pakaian, langsir, perabot, pinggan mangkuk, sudu, garfu dan barangan lain yang digunakan dalam rutin sehariannya kerana kedudukan Yang DiPertua Negeri tidak sama dengan status seorang Raja.

No comments:

Post a Comment