Thursday 15 December 2011

JEFFREY PILIH PARTI SARAWAK?



PRESIDEN Barisan Borneo Bersatu (UBF) Datuk Dr Jeffrey Kitingan akan membuat pengumuman Jumaat ini mengenai masa depan politiknya ketika tersebar spekulasi bahawa beliau akan membentuk cabang parti yang berpangkalan di Sarawak itu di Sabah.

Bekas Naib-Presiden PKR, pada sidang akhbar yang dijadualkan pada hari itu, dijangka mengumumkan anggota jawatankuasa cabang parti berkenaan, demikian menurut sumber.

Sumber itu juga berkata kebanyakan anggota UBF menyokong melaksanakan perjuangan politik mereka menerusi parti tersebut oleh kerana ia mendukong agenda Borneo yang diperjuangkan Dr Jeffrey.

UBF telah juga menyatakan kesediaannya membentuk sebuah perikatan seluruh rakyat Sabah tidak kira kaum dan agama bagi mempertahankan kepentingan dan hak rakyat negeri ini.

USNO, parti yang baru dihidupkan semula turut menyokong UBF. Sehubungan itu, seorang pemimpin penting USNO dijadual menyertai sidang akhbar pada Jumaat ini.

Menurut sumber itu, Dr Jeffrey yakin dapat membentuk gabungan dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment