Thursday 15 December 2011

KAMARLIN SOKONG PINDA AUKU



CENDERA….Kamarlin menerima cendera mata dari Dr.Okong selepas merasmikan program tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

AHLI Dewan Undangan Negeri Lumadan, Kamarlin Haji Ombi mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk mengkaji dan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 pada akhir tahun ini.

Beliau berkata, kajian semula terhadap AUKU membuktikan kerajaan mengambil serius dalam usaha menaikkan taraf sistem universiti tempatan.

Menurut beliau, Akta ini akan memberi impak kepada generasi muda terpelajar. Bagi membolehkan pelajar untuk melibatkan diri dalam politik yang telah dilarang di bawah AUKI 1971 sejak 30 tahun lepas

“Kajian yang dilakukan oleh kerajaan terhadap AUKU 1971 membuktikan ketulusan kerajaan kepada pelajar unversiti bagi memberi pelajar dan universiti lebih kebebasan; setelah kajian awal mendapati beberapa peraturan dalam AUKU menyekat kreativiti pelajar dan pihak pengurusan universiti untuk mencapai tahap kecemerlangan di peringkat global,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sepetang Bersama Pemimpin bersama Pelajar-Pelajar dari Unversiiti Malaysia Sabah di Rumah Rehat, Beaufort, kelmarin.

SUMBANGAN…..Kamarlin turut menyampaikan sumbangan komputer kepada Pengetua SMK Beaufort Roslinah sempena program tersebut.

Bagaimanapun, Kamarlin yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Sipitang berharap, apabila akta ini diluluskan, pelajar unversiti perlu memanfaatkan ke jalan kebaikan tanpa terlibat dalam aktiviti yang boleh menjejaskan imej, serta masa depan mereka, terutamanya semasa masih belajar di unversiti.

“Sudah tentu pindaan akta ini memberikan ruang serta peluang kepada golongan pelajar untuk mengemukakan idea serta pandangan mereka kepada pihak kerajaan yang menjurus kepada kebaikan serta kemajuan,” katanya

Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut Kamarlin berkata, golongan mahasiswa mempunyai peranan serta tanggungjawabnya terhadap aspek pembangunan masyarakat melalui kajian luar yang mereka lakukan.

Katanya, program membawa pelajar unversiti untuk melakukan kajian luar wajar dilaksanakan oleh pihak unversiti bagi membolehkan pelajar dapat melihat perkembangan siso ekonomi,budaya serta kemajuan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

“Kajian ilmiah dan lebih detil yang dilakukan oleh pelajar unversiti sudah tentu memberikan impak yang berkesan bagi mengenal pesti keperluan pembanguna yang diperlukan oleh masyarakat setempat,” katanya.

Hadir sama Pensyarah Geografi UMS Dr.Okong Iman, Pengetua SMK Beaufort Roslinah Haji Suhaili dan Pengetua SMK Beaufort 1, Asli Aris.

No comments:

Post a Comment