Saturday 17 December 2011

KEJOHANAN TINJU PEDALAMAN HARI INI



SEDIA… Kontinjen Tambunan A dan B bersama penolong jurulatih Patrick Kebon (kiri) dan Muning Gitong (kanan) bersedia hadapi cabaran. Gambar sisipan, Fabian.

Oleh : KENINGAU PRESS

PERSAINGAN hebat bakal berlaku di kalangan peninju di daerah pedalaman yang diadakan hujung minggu ini merebut Kejohanan Tinju Pedalaman, Piala Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Pengerusi Penganjur, Fabian Tonny Peter berkata Persatuan Tinju Daerah Keningau, Nabawan, Tambunan A, Tambunan B, Kelab Tinju Apin-Apin telah mengesahkan penyertaan. Manakala kelab Tinju Tambunan d ibawah seliaan bekas peninju kebangsaan, Joe Kitingan telah mengesahkan penyertaan di saat akhir.

Kejohanan itu diadakan pada 17-18hb Disember ini bermula jam 2.00 petang di Dewan Masyarakat Tambunan.

Pihak penganjur juga telah menjemput peninju berpengalaman dari PTD Kota Belud, Tawau dan Tuaran.

“Sempena kejohanan itu juga kita akan mengadakan perlawanan persahabatan peninju wanita dari Kota Belud dan Tambunan,” kata Fabian.

Mengenai Persiapan pasukan tuan rumah, Fabian yang juga Pengerusi PTD Tambunan dan jurulatih Kontinjen, berkat beliau berkeyakinan dengan usaha gigih dan latihan yang dibuat sejak 3 bulan yang lalu anak-anak buahnya mampu mendapat 5 pingat emas dalam kejohanan itu.

“Kami berkeyakinan mampu mendapat 5 pingat emas dan para pemain yang PTD turunkan adalah pemain yang terpilih menjalani latihan sejak 3 bulan yang lalu bersama 2 orang Penolong Jurulatih iaitu Patrick Kebon dan Muning Gitong dan saya sendiri”, kata Fabian yang juga merupakan bekas peninju negeri.

Dalam pada itu Fabian juga mengalu-alukan kedatangan orang ramai terutama di sekitar Tambunan dan pedalaman untuk menyaksikan kejohanan yang julung kali diadakan di kawasan pedalaman. Harga tiket hanya RM3.00 seorang.

“Kedatangan orang ramai untuk memberikan sokongan moral dan memeriahkan kejohanan ini sangat dialu-alukan. Tinju bukan setakat sukan tetapi juga boleh dijadikan sebagai pendinding diri (keselamatan) ,” kata Fabian.

No comments:

Post a Comment