Wednesday 7 December 2011

KENYATAAN MUSA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB?.



By : DATUK ERIC MAJIMBUN

MERUJUK kepada kenyataan akhbar Ketua Menteri pada 6 Disember 2011 yang menyatakan bahawa pembangkang menggunakan RCl sebagai mencari ‘political mileage’ adalah tidak munasabah dan tidak bertanggungjawab.

Isu masalah pendatang tanpa izin dan isu projek lC adalah satu isu yang dekat di hati rakyat Sabah. Rakyat Sabah telah menunggu berpuluh tahun untuk mengatasi masalah ini. Terbukti bahawa keadaan ini bertambah parah setelah banci penduduk dijalankan pada tahun 2010. Penduduk Sabah bertambah secara mendadak kepada 3.2 juta orang berbanding dengan jiran negeri Sarawak hanya 2.4 juta.

Hampir kesemua parti politik di Sabah termasuk beberapa parti komponan BN telah menyatakan sokongan untuk meminta kerajaan Persekutuan mewujudkan RCl. Pemuda SAPP telah menjalankan pungutan suara melalui kempen 100 ribu tanda tangan dan Memo tersebut telah diserahkan kepada Perdana Menteri di Parlimen dan juga kepada Ketua Menteri di Dewan Undangan Negeri.

SAPP juga telah membuat usul RCI di Dewan Undangan Negeri pada bulan November 2011 tetapi telah ditolak oleh Speaker DUN.

Pada sesi pendengaran awam Parliament Select Committee (PSC), isu RCI juga dibangkitkan untuk membersihkan daftar pemilih. lni menunjukkan bahawa rakyat Sabah sudah satu hati untuk mendesak kepada pihak kerajaan untuk bertindak tetapi apa yang mengecewakan ialah pihak kerajaan tidak melayan dan mengabaikan permasalahan kedaulatan negeri Sabah dan kebimbangan rakyat Sabah.

Saya cabar parti Umno untuk membuat pendirian dalam isu RCI dan meminta Ketua Menteri sebagai pengerusi Barisan Nasional dan pengerusi keselamatan dalam negeri membuat pendirian kerajaan negeri dalam hal ini. Pada persidangan Umno baru-baru ini tidak ada seorang wakil Umno dari Sabah yang berucap untuk menyokong pengwujudan RCI.

Kalau isu Teo Beng Hock seorang dan isu peguam Linggam seorang dapat diwujudkan RCI mengapa tidak kepada masalah kedaulatan negeri Sabah dan ancaman pendatang asing yang beratus ribu di bumi Sabah yang secara ‘segera’ dapat Mykad tidak boleh diwujudkan RCI?

Pendirian SAPP ialah RCI harus diwujudkan sebelum PRU13 supaya daftar pemilih sekaligus boleh dibersihkan dan orang-orang yang terlibat jenayah projek lC juga harus dibawa kemuka pengadilan mengikut undang-undangan Negara yang sedia ada. Mereka adalah pengkhianat kedaulatan Negara dan khasnya negeri Sabah.

No comments:

Post a Comment