Tuesday 20 December 2011

KERAJAAN BN FOKUS KEMAJUAN RAKYAT

RANCANGAN....Sandakan FM-RTM sedang merakamkan Temubual dengan V.K Liew bersama DJ Popular Nurkisah.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : HARRY CHUNG

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) yang diberi mandat oleh rakyat berbilang kaum di negara ini khususnya di Sabah, terus memfokuskan usaha ke arah kemajuan dan pembangunan asas untuk dinikmati bersama seluruh rakyat jelata.

Selain dari itu, sosio ekonomi dan kebajikan rakyat juga terus terpelihara dalam pelbagai sistem dan kategori bantuan disalurkan kepada penduduk yang betul-betul layak untuk menerima bantuan seumpama itu; sama ada kawasan luar bandar mahupun dalam bandar.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong semasa menghadiri Sesi Dialog dengan Ketua-Ketua Jambatan sejurus selepas lawatan kerjanya memeriksa projek pembinaan 24 Jambatan Konkrit di Kampung Berhala Darat, Sim-Sim, Sandakan, kelmarin.

“Saya sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat akan terus berusaha bagi memajukan kawasan-kawasan yang saya wakili agar semua penduduk tidak kira apa bangsa, sama-sama mengecapi kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan BN.

“Kita membuat lawatan ke kampung-kampung bukan saja sudah hampir dekat pilihanraya baru tergesa-gesa melawat kampung bahkan, sebelum menjelangnya pilihanraya, kita juga harus berjumpa rakyat supaya kita dapat mengetahui lebih dekat lagi segala permasalahan rakyat di satu-satu kampung ataupun taman-taman perumahan,” tegasnya.

DIALOG...V.K Liew menjelaskan sesuatu kepada Ketua-Ketua Jambatan Kampung Sim-Sim semasa sesi dialog.

PERIKSA....V.K Liew bersama rombongan sedang memeriksa pembinaan projek jambatan konkrit.

TEMUBUAL.....V.K Liew sedang ditemubual oleh RTM untuk Segmen Khabar 1 Malaysia RTM KL.

Lawatan V.K Liew keseluruh Jambatan Konkrit daripada Jambatan 1 sehingga ke Jambatan 24 di kampung tersebut telah disusuli oleh Wartawan dan Krew RTM Kuala Lumpur untuk membuat rakaman dan temubual eksklusif dengan Ahli Parlimen Sandakan itu.

Kata penerbit Segment Khabar 1 Malaysia/Selamat Pagi Malaysia, Sahaludin Hj Idris, tujuan membuat penggambaran tersebut adalah untuk tatapan masyarakat mengenai kemajuan dan perubahan drastik yang terdapat di daerah Sandakan; hasil usaha daripada wakil-wakil rakyat dan juga ahli-ahli parlimen berkenaan termasuk ahli Parlimen Sandakan.

Pada sebelah petangnya hari yang sama V.K Liew pergi ke Stesen Sandakan FM (RTM) untuk mengadakan temubual mengenai peranan, tanggungjawab dan amanah kerajaan dari pucuk pimpinan negara sebagai Ahli Parlimen Sandakan sejak dari 2008 sehingga ke hari ini terhadap kawasannya.

32 comments:

  1. Seharusnya kerajaan memberi fokus dalam kemajuan rakyat. Terutamanya di luar2 bandar dan bahagian2 pedalaman. Amanah yang dipikul harus dilaksanakan.

    ReplyDelete
  2. Bagus. Pemimpin perlu rajin turun padang dan melihat sendiri kekurang penduduk & mendengar secara terus permsalahan penduduk.

    ReplyDelete
  3. Baguslah kalau turun padang at least ada juga pemantauan dibuat.

    ReplyDelete
  4. Cuma pastikan usaha itu dibuat dengan ikhlas dan bukannya semata-mata mahu pancing undi saja. hehe

    ReplyDelete
  5. Namun saya yakin rakyat cukup bijak untuk membuat penilaian. So terpulanglah pada pandangan rakyat sendiri.

    ReplyDelete
  6. Namun saya juga tetap memuji usaha VK Liew dalam membuktikan kepimpinannya. Semoga usahanya nanti akan membuahkan hasil positif.

    ReplyDelete
  7. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah apa yang akan berlaku seterusnya.

    ReplyDelete
  8. Diharapkan kerajaan akan meneruskan usaha mereka dalam pembagunan dan kemajuan rakyat dan negeri Sabah.

    ReplyDelete
  9. V.K Liew perlulah melakukan yang terbaik untuk rakyat di bawah pemimpinan beliau.

    ReplyDelete
  10. saya pasti V.K Liew merupakan antara calon winnable candidate pada PRU akan datang.

    ReplyDelete
  11. wakil2 rakyat yang dipilih seharusnya menjalankan apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka. sebab kadang2 terdapat wakil rakyat ni yang langsung tidak menjenguk penduduk2 di bawah pimpinannya. bila dekat2 PRU baru muncul. inilah yang membuatkan penduduk tidak puas hati.

    ReplyDelete
  12. V.K Liew begitu aktif dan sentiasa mendekati rakyat, pemimpin seperti inilah yang harus kita contohi. pasti sokongan penduduk tehadap Liew semakin kuat.

    ReplyDelete
  13. kemajuan rakyat mmg perlu diberi perhatian, ia menjadi tanggungjawab setiap wakil rakyat.

    ReplyDelete
  14. memang wajar jika kerajaan fokus terhadap kemajuan rakyat.

    ReplyDelete
  15. teruskan berusaha untuk membawa kemajuan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  16. I hope they are sincere in whatever they are saying and not for the sake of getting votes from the people.

    ReplyDelete
  17. I hope to see more development in sabah especially in the rural areas.

    ReplyDelete
  18. A good leader will always fulfil the promises he made to the people. I hope the gov meant what the say.

    ReplyDelete
  19. kesungguhan Datuk VK Liew menjaga kawasan beliau boleh memusnahkan harapan parti pembangkang untuk merampas Sandakan pada PRU akan datang..

    ReplyDelete
  20. V.K Liew nampaknya seorang pemimpin yang aktif. Teruskan usaha untuk tampilkan imej yang positif kepada kerajan.

    ReplyDelete
  21. syabas kepada Datuk dan saya harap pemimpin2 BN yang lain di negeri ini dapat mencontohi beliau..

    ReplyDelete
  22. Semoga sesuatu tempat yang perlu dibangunkan akan menerima peruntukan dan kemudahan yang lengkap pada akan datang. Teruskan mendekati rakyat.

    ReplyDelete
  23. VK Liew memang bertanggung jawab. harus diberi sokongan.

    ReplyDelete
  24. Pemimpin yang baik harus menjadi teladan kepada mereka yang tidak baik.

    ReplyDelete
  25. Ini lah yang diperlukan, sering turun padang dan memahami keperluan dan isi hati rakyat.

    ReplyDelete
  26. Projek pembangunan harus diteruskan supaya ekonomi di Sabah mencapai tahap yang memuaskan.

    ReplyDelete
  27. Such visit not meant to attract more votes, btu Im sure Vk Liew sincere to help the people.

    ReplyDelete
  28. Nyata beliau ikhlas untuk membantu rakyat.

    ReplyDelete
  29. Ini yang rakyat perlukan, tampilkan diri dan mendekati rakyat, cuma ini WR lebih memafami keadaan sebenar rakyat.

    ReplyDelete
  30. Semoga ini tidak bertujuan untuk memancing undian.

    ReplyDelete
  31. Rakyat faham apa yang berlaku, cuma menantikan PRU untuk menyingkirkan yang kurang baik.

    ReplyDelete
  32. Semoga lawatan ini membawa balik lebih banyak info berkenaan rakyat di Sabah dan membawa isu ke parlimen supaya keadaan dapat diperbaiki lagi.

    ReplyDelete