Wednesday 21 December 2011

KLINIK 1MALAYSIA DI PEDALAMAN SABAH



TERIMA......Radin sedang menerima cenderahati dari Pengarah JASA Malaysia.

Oleh: SIMON MAMAT

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melalui kerjasama JASA digesa agar mewujudkan Klinik 1Malaysia di setiap Dewan Undangan Negeri di Sabah termasuklah Tenom dan Keningau dalam memenuhi keperluan semasa berdasarkan pertambahan penduduk yang kini semakin meningkat.

Malahan dengan adanya perkhidmatan seumpama itu rakyat akan dapat menikmati khidmat rawatan perubatan mudah dan juga kosnya yang lebih murah.

Demikian dinyatakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Radin Malleh ketika merasmikan Gugusan Kesihatan UKM yang diadakan selama dua hari bertempat disekolah Kebangsaan (SK) Senagang dalam mukim Senagang Keningau, kelmarin.

Radin sebagai mewakili Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri DSP Pairin Kitingan yang juga merupakan Ahli Parlimen kawasan Keningau yang sepatutnya merasmikan majlis itu yang turut dihadiri kira kira 500 orang penduduk sekitar.

Khidmat rawatan percuma daripada Fakulti Perubatan anjuran JASA Malaysia atas kerjasama Fakulti Perubatan dan Gugusan Kesihatan UKM telah mendapat sambutan memberangsangkan daripada penduduk disekitar kawasan Mukim Senagang yang juga dalam kawasan DUN N.34 Liawan.

Program yang diadakan selama dua hari itu, memberi peluang dan kesempatan kepada segenap lapisan masyarakat untuk mendapat perkhidmatan secara percuma kerana program ini dianjurkan oleh pihak kerajaan khususnya JASA secara ikhlas yang juga turut membawa sepuluh orang Doktor Pakar dan selebihnya adalah Doktor kerajaan.

Turut hadir dalam Program tersebut Ketua Pengarah JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Dato' Fuad Bin Tan Sri Hassan; Pengarah JASA Sabah Haji Abdul Manap Bin Lakariba; Prof.Dr. Zulkifli Md.Zainudin, Pemimpin Kemajuan Rakyat N.34 Liawan Rusdi Padiman, Pegawai-Pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat.

Sementara itu dalam perkembangan lain yang tidak berkaitan, Datuk Radin turut memberitahu bahawa Parti Bersatu Sabah (PBS) Kawasan DUN Melalap akan mengadakan rumah terbuka sempena perayaan Krismas di rumah kediaman beliau di Kg Makakumpai pada Disember 28, 2011 bersamaan Rabu bermula jam 1 petang hingga jam 4 petang.

37 comments:

  1. Bagus ini, harap2 bahagian2 pedalaman yang lain pun ada klinik 1M'sia.

    ReplyDelete
  2. lepas kedai rakyat 1Malaysia wujud lagi klinik 1Malaysia. semoga dapat memberi perkhidmatan yang terbaik.

    ReplyDelete
  3. pembukaan klini 1Malaysia harus diperluaskan lagi hingga ke kawasan pedalaman. penduduk pedalaman amat memerlukannya.

    ReplyDelete
  4. pembangkang pasti sekali lagi akan mencari kelemahan klinik 1Malaysia ni sebagaimana yang mereka lakukan ke atas kedai rakyat 1Malaysia.

    ReplyDelete
  5. penduduk pedalaman amat sukar nak mendapatkan bantuan kesihatan kerana mereka kena berjalan jauh, oleh itu pembukaan klinik 1Malaysia akan membantu mereka dalam mendapatkan khidmat kesihatan

    ReplyDelete
  6. apa yang sudah dijanjikan harus la ditunaikan. Harap2 klinik 1M'sia akan dibina di semua bahagian pedalaman Sabah.

    ReplyDelete
  7. harap2 klinik 1Malaysia ini dapat diwujudkan dalam masa yang terdekat ni.

    ReplyDelete
  8. Diharap penduduk sekitar akan menggunakan klinik tu sebaik mungkin dan memberik kemudahan kepada penduduk.

    ReplyDelete
  9. Baguslah kalau dapat diwujudkan di kawasan pedalaman. Ia pasti banyak meringkankan beban rakyat.

    ReplyDelete
  10. Saya yakin berita ini pasti mengembirakan ramai. Namun jangan lupa kualiti perkhidmatan harus lah diberi jaminan yang terbaik.

    ReplyDelete
  11. Satu demi satu kebaikan yang ditunjukkan oleh kerajaan. Walaupun ada pihak yang mengaitkannya dengan politik namun saya berharap agar ia adalah utk rakyat.

    ReplyDelete
  12. Kerajaan harus pastikan apapun perancangan yang mahu dibuat dapat dilaksanakan supaya tak dituduh beri janji kosong.

    ReplyDelete
  13. Apapun kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Semoga semuanya berjalan dengan baik.

    ReplyDelete
  14. good to know that 1malaysia clinic is soon to be build in rural areas.

    ReplyDelete
  15. I applaud the government effort to help those people who live in rural areas. Not only it is affordable for them, it also very convenient for them.

    ReplyDelete
  16. Hopefully there is no delay in starting building the clinic.

    ReplyDelete
  17. Harap klinik ini mampu memberi perkhidmatan dalam perubatan yang baik kepada penduduk di pedalaman.

    ReplyDelete
  18. Pastikan klinik seperti ini beroperasi dengan baik, ambillah doktor dan jururawat yang berkelayakan.

    ReplyDelete
  19. disamping kosnya yang murah, pastikan juga kualiti rawatannya sentiasa ditahap yang memuaskan..

    ReplyDelete
  20. saya harap cadangan ini dapat dilaksanakan di negeri ini memandangkan banyak kawasan perkampungan yang amat memerlukan kemudahan rawatan pada kos yang rendah tanpa perlu melalui perjalanan yang jauh untuk mendapatkannya.

    ReplyDelete
  21. Usaha yang baik. Kena pastikan kualiti perkhidmatan juga di tahap yang baik.

    ReplyDelete
  22. memang baik jika klinik 1Malaysia diperluaskan di kawasan pedalaman.

    ReplyDelete
  23. jika ianya dilaksanakan pasti ianya mendapat sambutan yang menggalakkan.

    ReplyDelete
  24. Semoga klinik ini dijalankan dengan lebih profesional untuk membantu golongan yang memerlukannya.

    ReplyDelete
  25. Berharap 1klinik dapat dibuak lebih banyak caeangan supaya lebih banyak golongan mendapat khidmat perubatan yang wajar.

    ReplyDelete
  26. Semoga 1klinik ini tidak serupa 1kedai Malaysia yang memperolehi banyak komplain yang negatif.

    ReplyDelete
  27. Yang penting kualiti perubatan dan fasiliti yang wajar disediakan.

    ReplyDelete
  28. Satu tindakan yang bijak untuk membina klinik merata tempatan supaya lebih banyak golongan dimanfaatkan.

    ReplyDelete
  29. Khidmat rawatan percuma daripada Fakulti Perubatan anjuran JASA Malaysia atas kerjasama Fakulti Perubatan dan Gugusan Kesihatan UKM telah mendapat sambutan memberangsangkan daripada penduduk disekitar kawasan Mukim Senagang yang juga dalam kawasan DUN N.34 Liawan.

    Untuk golongan yang kurang berkemampuan, ini merupakan berita dan bantuan yang amat baik.

    ReplyDelete
  30. Indeed a great job from the government to the people. Hope its gain good and positive feedback.

    ReplyDelete
  31. Kualiti perubatan harus mencapai tahap kepuasan dan standard.

    ReplyDelete
  32. Jangan pula seperti kedai 1Malaysia, banyak komen negatif, barang yang dijual tidak mencapai mutu yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  33. Semoga kawasan luar bandar juag turut dibina dan diberi khidmat perubatan yang wajar.

    ReplyDelete
  34. Semoga perancangan dan pelaksanaan ini dijalan lancar agar lebih banyak rakyat mendapat faedah melalui perkhidmatan yang professional.

    ReplyDelete
  35. Satu berita yang baik kepada penduduk pedalaman. Klinik 1 Malaysia sekarang bukan saja berada di bandar malahan juga terdapat di pendalaman. Ini akan memudahkan penduduk untuk mendapatkan rawatan.

    ReplyDelete
  36. Teruskan usaha memberikan kemudahan dikawasan pendalaman untuk dinikmati oleh mereka dan membantu memudahkan mereka.

    ReplyDelete
  37. Kedai 1 Malaysia lagi kami tunggu untuk di Sabah. Tidakkan di Semenanjung saja yang menikmatinya, Sabah dan Sarawak mahu juga merasa.

    ReplyDelete