Friday 16 December 2011

KUNJUNGAN RTM RAHMAT BUAT TAMAN MESRA



WAWANCARA....Wartawan RTM Khairriah sedang ditemubual oleh Sabahkini.Net

Oleh : SAFFIE S JUMADI Foto : RUDY ABD KARIM

KEHADIRAN pihak RTM bersama krew-krew dan wartawannya ke Taman Mesra kelmarin untuk membuat penggambaran bagi program Rancangan Khabar 1 Malaysia terbitan RTM yang diketuai oleh Penerbit TV Khabar Malaysia/Selamat Pagi Malaysia, Sahaludin Haji Idris merupakan satu rahmat kepada sebahagian penduduk di Taman Mesra ini.

Dalam temubual eksklusif Sabahkini.Net dengan Wartawan RTM, Khairriah Izdihar MT Kondry memberitahu, tujuan mereka membuat penggambaran di beberapa tempat khususnya di daerah Sandakan termasuk Taman Mesra adalah untuk mengenal pasti kepesatan pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), di samping untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat mengenai masalah-masalah yang mereka hadapi.

Terdahulu pihak penerbit TV Khabar Malaysia Sahaludin telah memilih Wartwan Kanan Sabahkini.Net Wilayah Sandakan sebagai tetamu mereka untuk menjadi jurucakap kepada penduduk Taman Mesra mengenai masalah dan kepemimpinan Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Kiong.

Antaranya yang dijelaskan oleh Wartawan Sabahkini.Net, Datuk V.K.Liew merupakan seorang wakil rakyat yang memfokuskan kemajuan dan pembangunan termasuk sosio ekonomi penduduk di Sandakan.

“Sejak V.K Liew menjadi Ahli Parlimen Sandakan, hampir satu penggal bermula pada tahun 2008 sehingga ke hari ini, daerah Sandakan sedikit sebanyak mengalami perubahan dalam arus perdana pembangunan yang telah dinikmati oleh rakyat.

“Lagipun V.K Liew begitu rapat dengan masyarakat dan senang dijumpai, misalnya kalau ada acara-cara kemasyarakatan, beliau sentiasa hadir sama untuk menyerikan majlis tersebut,” jelas Shaimon.

Sebagai contoh, pada 17 Disember 2011 satu majlis yang bertemakan Majlis Malam Mesra Bersama Datuk Liew Vui Kiong Ahli Parlimen Sandakan di Blok 17, Taman Mesra jam 6.30 petang.

No comments:

Post a Comment