Wednesday 21 December 2011

MAJLIS KHATAN SUNTIK SEMANGAT KERJASAMA



Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto: HARRY CHUNG

TIMBALAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, sama ada dilakukan di kawasan luar bandar, mahupun di bandar secara tidak langsung; boleh menyuntik semangat kerjasama yang erat di kalangan penduduk setempat.

Ini jelas kelihatan apabila Majlis Berkhatan beramai-ramai dan Majlis Cukur Jambul yang dianjurkan oleh Persatuan Seni dan Tradisi Bajau Kudat yang diadakan di Kampung Sim-Sim Tengah, baru-baru ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Program sebegini haruslah dikekalkan ke generasi akan datang kerana ini juga merupakan satu budaya yang harus disemai dan dipelihara agar tidak lapuk di telan zaman,” kata VK Liew ketika memberikan ucapan sepatah dua kata di majlis tersebut.

Katanya, usaha yang dijalankan oleh Persatuan Seni dan Tradisi Bajau Kudat ia bukan sekadar merapatkan silaturrahim, bahkan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh ibubapa untuk mengadakan kenduri berkhatan kepada anak-anak mereka.

Menurut Pengerusinya, Muranah, majlis ini diadakan adalah sebagai pengisian masa sempena cuti panjang persekolahan selama satu setengah bulan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun ke bawah dikhatan beramai-ramai secara percuma bagi meringankan beban ibubapa mereka.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk VK Liew kerana telah sudi memberikan peruntukan untuk menjayakan program tersebut,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment