Wednesday 21 December 2011

MAS SIASAT DAKWAAN SOGOKAN DI UNIT KARGO



Oleh : JAHABAR SADIQ

SYARIKAT Penerbangan Nasional MAS, yang dihimpit dengan isu kerugian kebelakangan ini, sedang menyiasat dakwaan unsur sogokan di unit kargonya, turut membawa kepada pengarah urusan MASkargo, Shahari Sulaiman bercuti sejak awal bulan lalu, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, laporan siasatan dalaman telah dihantar kepada lembaga syarikat penerbangan nasional meskipun laporan polis tidak dibuat berhubung isu itu.

“Ia berkaitan dengan bayaran sogokan di MASkargo dan lembaga sudah pun mempunyai menerima laporan,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Sumber itu menambah, pengarah urusan baru MAS Ahmad Jauhari Yahya dan pengurusan kanan kini meneliti dokumen melibatkan semua bahagian syarikat itu yang merekodkan kerugian RM1.2 bilion dalam tiga suku tahun kewangan semasa.

MAS tidak dijangka akan memperoleh keuntungan sehingga 2013 meskipun sedang mengusahakan pelan pemulihan bisnes yang baru.

“Mereka sedang membersihkan syarikat. Ini hanya permulaan,” katanya lagi.

Bagaimanapun tidak pasti mengapa MAS tidak membuat laporan polis berhubung isu bayaran sogokan di MASkargo, yang merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM142 juta pada 2010.

Business Times ada melaporkan bahawa Shahari ‘bercuti’ sejak awal bulan lalu selepas dakwaan terbaru mengenai masalah di unit itu muncul.

Lembaga baru MAS memulakan pemeriksaan ke atas semua aspek syarikat penerbangan itu susulan perjanjian pertukaran saham antara MAS-AirAsia awal Ogos lalu.

Difahamkan, siasatan sudah dimulakan dan inkuiri dalaman juga diadakan, tetapi dakwan baru membawa kepada siasatan ini.

Shahari dinamakan sebagai pengarah urusan unit itu pada 1 September 2007 menggantikan Datuk Ong Jyh Jong.

Sebelum itu Shahari merupakan pengurus besar bahagian operasi kargo di MASkargo.

Di bawah pengurusan Shahari, MASkargo memenangi anugerah “Best Air Cargo Carrier in Asia” di Hong Kong pada 2009. (TMI)

14 comments:

  1. Harap2 kes ini boleh diselesaikan dan kita dapat tahu perkembangan dalam masa yang terdekat.

    ReplyDelete
  2. hal ini mmg kena disiasat, kita jgn biarkan wujud salah guna dan penyelewangan.

    ReplyDelete
  3. Seperti pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Selalunya jika kerugian itu berlaku tanpa sebab yang munasabah, pasti ada yang tidak kena.

    ReplyDelete
  4. ada orang yang seleweng ni mungkin,harap2 dapat la tahu kebenaran tu.

    ReplyDelete
  5. Pastikan siasatan dilakukan dengan bersungguh2 agar tidak ada yang terselindung.

    ReplyDelete
  6. Rasuah memang tidak ada penghabisnya. di mana2 dan bila2 masa boleh berlaku. semoga siasatan ini dapat dijalankan dengan telus. kita tidak mahu perkhidmatan MAS akan merosot dan imej mereka tercemar gara2 tindakan yang dilakukan oleh individu atau pihak2 tertentu yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  7. Harap penyiasatan lanjut akan dijalankan mengenai penyelewengan di unit tersebut.

    ReplyDelete
  8. Kita tunggulah dan lihat apa keadaannya nanti.

    ReplyDelete
  9. kalau mahu masalah ini selesai sepenuhnya, siasatlah dengan jujur dan telus.. tidak perlu ada usaha melindungi mana2 pihak yang bersalah..

    ReplyDelete
  10. Setuju dengan nickko...itu saja jalan penyelesaian yang ada. Kalau siasatan tidak telus, semua itu pointless.

    ReplyDelete
  11. biarlah pihak MAS melakukan apa yang patut untuk menyelesaikan pekara ini.

    ReplyDelete
  12. tunggu dan lihat sajalah hasil siasatannya nanti.

    ReplyDelete
  13. Jika telah menerima aduan dan laporan seharusnya tindakan dibuat bagi memastikan kebenaran dalam dakwaan tersebut.

    ReplyDelete
  14. Perlu disiasat sebaiknya dakwaan ini. Pihak MAS tidak boleh membiarkan perkara ini terus berlaku.

    ReplyDelete