Tuesday 6 December 2011

MASIUNG NAFI BERSUBAHAT DENGAN CORAK NAKHODA



SUMBANGAN.....Masiung beri sumbangan kepada Langkabe.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIES JUMADI

AHLI Dewan Undangan Negeri Kuamut, Masiung Bannah berkata sebagai Wakil Rakyat yang mewakili semua kaum, tidak mengira agama mestilah berlaku adil dalam mengagehkan bantuan; terutama sekali ketika mahu menyambut sesuatu perayaan keagaaman atau kebudayaan.

Kelmarin, Ketua Gereja St Patrick Entilibon Asal, Langkabi Jimpi @ Baetrice telah mendahului 10 orang Ketua Gereja di Zon Entilibon menerima sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM500 bagi setiap gereja yang disumbangkan oleh Masiung di Dewan Serbaguna Entilibon, Telupid.

“Sumbangan sedemikian juga pernah diberi kepada Pengerusi-Pengerusi Surau dan Masjid ketika menjelangnya Hari Raya Aidilftri dan Hari Raya Korban lalu sebagai salah satu tanggungjawab demi menjaga kebajikan semua kaum yang ada di Kuamut,” tegasnya.

Masiung berkata, dengan adanya bantuan tersebut, yang bertujuan untuk meringankan sedikit beban keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyambut hari Krismas pada 25 Disember kelak.

Semasa berucap di majlis penyampaian tersebut, Masiung antara lain menjelaskan walaupun di kawasan Kuamut majoriti penduduknya bergama Kristian, namun kebajikan umat Islam juga tidak pernah terpinggir, malah terus terpelihara sejajar dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Inilah istimewa dan untungnya rakyat di Sabah kerana kata Masiung, walaupun terdapat perbezaan anutan Agama mengikut kepercayaan masing-masing, tetapi tidak timbul sebarang masalah, malahan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

BERUCAP...Masiung menafikan bersekongkol dengan Corak Nakhoda.

HADIR..Sebahagian Penduduk Kg Entilibon yang hadir pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, ketika ditanya Sabahkini.Net mengenai kes tanah seluas 7,230 ekar yang membabitkan 482 keluarga di lima buah kampung iaitu Kampung Sogo-Sogo, Kg Malagatan, Kg Kaliwatung, Kg Kiandongu dan Kg Lumangkau di Tongod yang telah ditanami kelapa sawit sudah mengeluarkan hasil; telah diradu, manakala rumah-rumah penduduk diroboh oleh Corak Nakhoda Sdn.Bhd yang kini menjadi kontraversi; Masiung memberi jaminan akan menemui penduduk di Kampung Sogo-Sogo pada 6 Disember 2011.

“Saya sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, harus pulang ke pangkuan rakyat untuk membela nasib rakyat khususnya untuk mempertahankan hak-hak asasi rakyat. Saya akan berunding dengan Corak Nakhoda Sdn Bhd untuk menyelesaikan masalah ini satu persatu agar saya tidak dituduh oleh pihak-pihak tertentu bahawa saya bersekongkol dengan Corak Nahkoda dalam kes isu tanah ini,” ujarnya dengan nada kesal.

No comments:

Post a Comment