Monday 5 December 2011

MP SABAH TOLAK RCI SIASAT PROJEK IC



Oleh : KUEK SER KUANG KENG

WALAUPUN Parlimen menerima syor supaya suruhanjaya diraja (RCI) menyiasat skandal Projek IC, tetapi seorang ahli parlimen Sabah berkata, ia bukan cara untuk menyelesaikan masalah dakwaan rakyat asing diberi kewarganegaraan dan hak untuk mengundi di negeri itu.

Sebaliknya, isu yang sudah lama berlarutan itu sepatutnya ditangani melalui kementerian-kementerian kerajaan, kata ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin.

Katanya, penubuhan suruhanjaya siasatan diraja itu bukan merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah tersebut atau diterima oleh semua pihak.

Tetapi beliau percaya isu di Sabah itu boleh ditangani melalui kementerian, selagi para pegawai kementerian berkenaan mempunyai komitmen yang tinggi.

Penubuhan RCI itu adalah satu daripada 10 syor yang dicadangkan oleh Kawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya, selepas mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan.

Semua cadangan tersebut telah diluluskan oleh Parlimen dan pelbagai agensi kerajaan akan diminta untuk melaksanakannya

No comments:

Post a Comment